UTAMA | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD

Staf Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) beriltizam ke arah kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam perkhidmatan perpustakaan menerusi sistem pengurusan kualiti yang sentiasa dipertingkatkan untuk memenuhi ekspektasi pelanggan.

Pelajar secara automatik menjadi ahli Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan Perpustakaan Cawangan yang lain setelah mendaftar sebagai mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM). Sebagai mahasiswa, anda akan diberikan Identiti kad maya ini menggunakan aplikasi mudah alih PutraVID yang boleh digunakan pada platform android dan juga iOS. Aplikasi PutraVID ini diperlukan oleh setiap pengguna untuk menggunakan segala kemudahan dan perkhidmatan di Perpustakaan. Selain itu, PutraVID tersebut juga merupakan pengenalan diri anda sebagai Mahasiswa.

Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) berbesar hati untuk menerima kunjungan pelawat ataupun pelajar praktikal dari dalam dan luar negara. Proses pengurusan lawatan ke PSAS adalah berdasarkan kepada Prosedur Pengurusan Lawatan yang melibatkan:-

  1. Proses permohonan sama ada melalui surat/emel.
  2. Kelulusan lawatan oleh pihak pengurusan berdasarkan permohonan.
  3. Keperluan lain (penginapan/pengangkutan/makanan) sekiranya perlu.

 

Bagi mana-mana agensi luar yang ingin membuat lawatan ke PSAS, sila kemukakan permohonan kepada :-  

Ketua Bahagian Korporat dan Latihan Staf,
Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang

UPM Alumni Intelligent System merupakan sebuah laman portal alumni yang akan dibangunkan oleh Pusat Alumni untuk mengumpul dan mengemaskini data dan profil alumni UPM secara lebih komprehensif dan efisien. Laman portal ini bertujuan untuk memastikan maklumat dan profil alumni sentiasa bersifat terkini, aktif dan mudah untuk dihubungi bagi tujuan hebahan dan publisiti pelbagai aktiviti/ program anjuran UPM.

Buat masa kini, para alumni boleh mengemaskini maklumat diri di sini DAFTAR ALUMNI.

artikel
SENARAI BUKU PEMBELIAN TAHUN 2022: KOLEKSI 3 TAHUN TERKINI
Senarai Koleksi Buku
SENARAI BUKU PEMBELIAN TAHUN 2022: KOLEKSI 3 TAHUN TERKINI
10 Artikel yang paling banyak dimuat turun di UPM IR Tahun 2022
10 Artikel yang paling banyak dimuat turun di UPM IR Tahun 2022
10 Tesis dan Disertasi yang paling banyak dimuat turun di UPM IR Tahun 2022
10 Tesis dan Disertasi yang paling banyak dimuat turun di UPM IR Tahun 2022
Artikel-artikel lain...
berita
Lawatan ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM (Februari 2023)
Lawatan ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM (Februari 2023)
Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) dalam usaha mengerat kerjasama dan memperkukuh jaringan komuniti telah menerima tiga kumpulan pelawat pada bulan Mac 2023.
pengumuman
Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: eJOBS

aktiviti
ikuti kami
fb.png
insta.png
youtube.png
twitter.png
tiktok.png
WWDWFA:05:50