Universiti Putra Malaysia Institutional Repository (UPM IR) merupakan arkib digital dalam talian yang berfungsi sebagai pusat penyimpanan koleksi maklumat saintifik dan penyelidikan di Universiti Putra Malaysia. Koleksi yang disimpan di portal ini antaranya adalah Tesis Master dan PhD, Jurnal Artikel, Kertas Persidangan, Keratan Akhbar, Buletin UPM, dan kuliah inaugural. Mengikut dasar Universiti pengguna tidak dibenarkan untuk melihat teks penuh, akses hanya diberikan kepada halaman kandungan dan abstrak tesis sahaja.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh IRStats berikut adalah senarai tesis dan disertasi yang paling banyak dimuat turun pada tahun 2022.