| PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD

Smart Kampus: PutraVID di Perpustakaan Sultan Abdul Samad

Ringkasan Artikel

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengambil pendekatan untuk menggunakan kad identiti secara maya untuk pelajar dan staf bagi menggantikan penggunaan kad secara fizikal bermula pada sesi kemasukan pelajar 2018/2019. Kad maya yang dijenamakan sebagai Putra®Virtual ID (Putra®VID) merupakan aplikasi berasaskan persekitaran telefon pintar dan laman web serta dilengkapi dengan sistem kawalan pengenalan identiti menggunakan teknologi kod Quick Response (QR Code).

Kad pelajar secara maya Putra®VID mempunyai banyak nilai tambah dari aspek penggunaan dan dilengkapi dengan sistem kawalan yang lebih cekap berbanding penggunaan kad secara fizikal. Aplikasi ini berfungsi secara dalam talian di mana semua pengesahan kesahihan identiti pelajar dan staf (Kod QR Putra®VID setiap pelajar/staf) akan diperiksa serta merta dan diberikan kebenaran capaian atau perkhidmatan melalui rujukan pangkalan data sistem UPM-ID.

Bagi menyokong inisiatif ini, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah memasang 2 unit Barrier Gate baharu di laluan masuk/keluar Perpustakaan Utama dan juga di laluan masuk Anjung Siswazah yang mampu mengimbas kod QR pelajar dan staf UPM sebagai pengesahan identiti sebelum dibenarkan untuk memasuki Perpustakaan.

Penggunaan kad pelajar secara maya Putra®VID ini juga telah diintegrasi dengan mesin pinjaman layan diri (self-check machine), untuk memudahkan pelajar dan staf UPM untuk melaksanakan proses pinjaman dan pembaharuan buku di Perpustakaan Utama dan Perpustakaan Cawangan.

SXESXAw~