| PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD

Bengkel Penyediaan Deskripsi Tugas

Serdang, Februari 21 -Bahagian Korporat dan Latihan Staf, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Deskripsi Tugas pada 20 Februari 2020 bertempat di Bilik Malawati, Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Tujuan bengkel ini adalah bagi membangunkan Deskripsi Tugas Pustakawan pada tahun ini.

 

Bengkel ini telah disampaikan dengan berkesan oleh Cik Noremy Binti Busu. Beliau adalah Ketua Seksyen Pembangunan Organisasi di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia. Peserta bengkel ini terdiri daripada 50 orang Pustakawan. Melalui bengkel ini, Pustakawan diberi pendedahan tentang fungsi dan kepentingan Deskripsi Tugas dalam organisasi. Pustakawan juga akan diberi teknik-teknik membangunkannya.

SXDdUAn~