| PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD

Hari Konsultasi Pustakawan

Serdang, 07 Feb. 2020 - Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan dan Maklumat, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Program Librarian Consultation Day di Fakulti Pengajian Pendidikan  (FPP) bagi warga akademik FPP.

 

Objektif program ini adalah untuk memberi bantuan atau panduan yang tertumpu kepada sumber maklumat perpustakaan kepada warga akademik FPP. Program ini antara lain bertujuan menjalin kerjasama dan hubungan dua hala antara PSAS dengan warga FPP.

 

Selain Librarian Consultation Desk yang dikendalikan oleh Pustakawan Penghubung, kelas Turnitin turut diadakan bagi memberi pendedahan dan tunjuk ajar tentang penggunaan dan fungsi Turnitin kepada warga akademik FPP.

 

 

  

  

SXEQMAV~