| PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD

Kerja-Kerja Deinsfeksi di PSAS

Serdang, Mac 17, 2020 - Pihak Pengurusan Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah mengambil inisiatif dalam mencegah COVID-19 daripada penularan atau dijangkiti pada staf, pelajar dan pengguna perpustakaan yang lain.

Kerja-kerja deinsfeksi ini dilakukan di beberapa ruang atau kawasan di Blok A dan Blok B PSAS contohnya di laluan utama pelajar, ruang bacaan pelajar dan lain-lain kawasan.

 


Sehubungan dengan itu, bermula Rabu, 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, PSAS akan ditutup berikutan pengumuman mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 16 Mac 2020, di seluruh negara untuk menghindarkan wabak COVID-19 daripada terus menular.

 

SXDdGAj~