| PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD

Koleksi Bahan Rukun Negara di PSAS Menarik Minat BERNAMA

UPM SERDANG, 22 Jun - Kepelbagaian bahan maklumat yang terdapat di Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia telah menarik minat pihak BERNAMA (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) mengunjungi PSAS pada 19 Jun 2020 lalu untuk mendapatkan bahan maklumat bagi Dokumentari Khas Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara.

Kunjungan oleh pihak BERNAMA yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarang, Meja Berita Antarabangsa dengan diringi Pengurus Maklumat BERNAMA, Puan Hasnita Ibrahim serta empat orang pegawai BERNAMA telah disambut oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Tuan Haji Shaifol Yazam Mat dan pegawai-pegawai PSAS.

Delegasi lawatan ini telah dibawa ke Koleksi Khas dan diberi taklimat mengenai koleksi bahan berkenaan Rukun Negara yang terdapat di PSAS. Hasil daripada kunjungan ini, pihak BERNAMA telah memilih dan meminjam beberapa bahan maklumat yang berkaitan. Semoga hubungan kerjasama seumpama ini mampu memberikan sumbangan kepada perpaduan negara.

Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Yahya (kanan),
menyampaikan cenderahati kepada pihak
PSAS yang diwakili oleh Tuan Haji Shaifol Yazam Mat.

Pihak BERNAMA sedang meneliti
bahan-bahan maklumat mengenai Rukun Negara

Taklimat mengenai koleksi bahan Rukun Negara
yang terdapat di PSAS dan kaedah pencarian maklumat
disampaikan oleh Encik Mohd Dasuki Sahak,
Pustakawan Kanan, PSAS

Gambar berkumpulan pihak BERNAMA
dan PSAS di hadapan bangunan PSAS

SXDdVAK~