| PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD

Kursus Google Workspace Dan Reka Bentuk Poster

Oleh: Norfaezah Khomsan

 

Serdang, 26 Januari - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan Kursus Google Workspace dan Reka Bentuk Poster. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada warga PSAS dalam memanfaatkan aplikasi Google Space dan teknik asas rekaan poster bagi meningkatkan daya saing dan keterlihatan PSAS.

Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PSAS, Cik Haslina Abu Seman dalam ucapan aluan beliau menggalakkan pelbagai teknologi digunapakai di PSAS. Google Space diharap dapat membantu meningkatkan kerjasama di kalangan warga PSAS. Penceramah jemputan, Pegawai Teknologi Maklumat dari Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi UPM (iDEC), Ts. Saiful Ramadzan Hairani dan Encik Mohd Faiz Mazlan telah membimbing warga PSAS secara teori dan amali dalam penggunaan Google Space yang dilihat dapat dimanfaatkan sebagai ruang kolaborasi yang lebih efektif. Pelbagai kaedah dan ciri Google Space telah didedahkan kepada peserta seperti Task, Chatbot dan penyelarasan di Google Calendar.

Sesi reka bentuk poster menggunakan aplikasi Canva pada sebelah petang telah berjaya mencungkil bakat dan kreativiti peserta dalam menghasilkan pelbagai bahan promosi. Para peserta nyata teruja dengan penerangan dan teknik mudah reka bentuk poster yang  dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah. Antara produk akhir yang dihasilkan ialah poster ucapan Salam Ramadhan, poster promosi produk dan tandatangan korporat UPM.

 

 

Penceramah menyampaikan sesi taklimat dan perbincangan bersama peserta.

 

  

Antara peserta Kursus Google Workspace dan Reka bentuk Poster.

 

  

Menyiapkan reka bentuk bahan promosi sebagai tugasan kursus.

SXDdWAm~