Oleh Mohd Dasuki Bin Sahak dan Morni Yati Ibrahim
Serdang, 29 September - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah mengadakan Latihan Kebakaran (Fire Drill) dengan kerjasama Unit Bantu Mula (UBM), UPM. Latihan ini bertujuan melatih Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) sebagai “first responder” serta melatih staf dan pengguna Perpustakaan untuk mematuhi arahan semasa menghadapi sebarang kes kecemasan di Perpustakaan.
Semua staf dan pengguna Perpustakaan Sultan Abdul Samad berhimpun di Tempat Berkumpul (Assembly Point) semasa latihan kebakaran (Fire Drill) dijalankan.
Bagi tujuan latihan ini, insiden kebakaran dicetuskan dengan dengan kepulan asap di Pejabat Ketua Pustakawan dan disusuli dengan bunyi sistem penggera keselamatan. Anggota ERT PSAS bertindak segera melakukan pengungsian bangunan dan operasi menyelamat.
Mangsa yang cedera dan pengsan sedang diberi rawatan awal oleh First Aider ERT PSAS.
Anggota Unit Bantu Mula (UBM) UPM sedang melaksanakan operasi pemadaman api.
Selepas latihan dijalankan, anggota ERT PSAS diberi taklimat mengenai hasil latihan kebakaran (Fire Drill) yang dilaksanakan oleh komander insiden PSAS, pegawai Unit Bantu Mula dan pegawai Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, UPM. Di penghujung program, pihak Unit Bantu Mula UPM memuji tindakan pantas anggota Pasukan ERT semasa latihan kebakaran (Fire Drill) dijalankan dan berharap agar latihan seumpama ini dapat ditambah baik di masa hadapan. Tahniah Pasukan ERT PSAS!
Komandan Insiden, Puan Morni Yati Ibrahim memberi taklimat kepada Pasukan ERT selepas latihan kebakaran (Fire Drill) diadakan.
Anggota ERT PSAS bergambar di samping jentera Unit Bantu Mula selepas latihan Fire Drill
Tarikh Input: 11/10/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | khairul_zul
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.