Pelancaran Aplikasi Mudah Alih: PSAS UPM | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Pelancaran Aplikasi Mudah Alih: PSAS UPM

Pelancaran Aplikasi Mudah Alih: PSAS UPM

Serdang, 31 Januari 2020 - Perpustakaan kini sedang menjalani tempoh percubaan aplikasi mudah alih baru yang dikenali sebagai PSAS UPM. Aplikasi yang menggunakan peranti mudah alih ini membolehkan pengguna mengakses sistem dan portal perpustakaan seperti KOHA WebOPAC, PSAS Discovery@Lib, Quick Links, Ask a Librarian, Online Chat, News & Notices, Maps & Contacts dan Library Account. Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini melalui https://mobile.upm.edu.my/

Tujuan pembangunan aplikasi mudah alih ini adalah untuk memudahkan pengguna membuat pencarian maklumat dan mengakses segala perkhidmatan yang disediakan oleh PSAS dengan lebih cepat dan mudah. Pengguna juga dapat mengakses maklumat akaun perpustakaan melalui aplikasi ini.

 

Cara memuat turun aplikasi PSAS UPM:

  1. Layari pautan https://mobile.upm.edu.my/ atau imbas kod QR di atas
  2. Kenal pasti aplikasi PSAS UPM, kemudian klik Google Play (Android) atau App Store (iOS) ikon.
  3. Paparan terus ke Google Play (Android) atau App Store (iOS)
  4. Klik butang ‘Install’

Tarikh Input: 31/01/2020 | Kemaskini: 31/01/2020 | muizzudin

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEUBAy~