| PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD

Perpustakaan sebagai Pusat Pengundian, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Sesi 2020/2021

Serdang, 28 Februari 2020 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan sesi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) untuk sesi 2020/2021. Oleh yang demikian, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), UPM telah dipilih menjadi salah satu Pusat Pengundian, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) yang berlangsung pada 27 Februari 2020, bertempat di Bilik Termasa, PSAS, bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Seramai sembilan puluh satu (91) pelajar telah hadir ke Pusat Pengundian, PSAS untuk membuang undi yang terdiri daripada pelajar Pasca Siswazah. Seramai empat calon pelajar dari dua parti telah bertanding bagi merebut dua kerusi dalam pilihanraya ini.

Berbanding sebelum ini, PMPP dilaksanakan menggunakan Sistem E-UNDI (Sistem Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM). Pada tahun ini, telah beralih kepada kaedah mengundi secara undi kertas kerana pelajar ingin merasai suasana mengundi yang sebenar.

SXDdVAe~