Oleh Muhammad Izhar Ruslan, Nazibah Kamaruddin dan Mohd Dasuki Sahak
SERDANG, 26 Mei - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Sistem Perpustakaan Bersepadu KOHA pada 24hb dan 25hb Mei 2022 yang lalu. Bengkel yang dikendali oleh pustakawan PSAS ini telah menarik minat seramai 18 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan di seluruh Negara.
Bengkel ini diadakan bagi memenuhi keperluan semasa pihak-pihak yang berkepentingan dalam perpustakaan dan pusat sumber untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi mengenai Sistem Perpustakaan Terbuka KOHA. Selain itu, mereka juga berpeluang berinteraksi secara langsung dan berbincang dengan pustakawan UPM yang berpengalaman dalam melaksanakan Sistem KOHA.
Peserta menerima Sijil Penyertaan daripada Ketua Pustakawan PSAS, Encik Muzaffar Shah Kassim
Peserta sedang mengikuti latihan
Peserta Bengkel Pembangunan Sistem Terbuka KOHA
Tarikh Input: 01/06/2022 | Kemaskini: 01/06/2022 | j_mohdshahril
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.