| PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD

Pertandingan Mencipta Poster Kempen Membaca

SERDANG, 08 Okt – Sukacita dimaklumkan bahawa sempena dengan "Kempen Membaca di Universiti Awam", salah satu inisiatif adalah mengadakan Pertandingan Mencipta Poster Kempen Membaca "Read@Uni" dengan tagline "With Knowledge We Lead" #Malaysiamembaca yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.  Maklumat lanjut pertandingan adalah:

Terma dan syarat penyertaan

1. Terbuka kepada semua pelajar universiti awam / universiti swasta.
2. Setiap peserta boleh menghantar hanya 1 penyertaan.
3. Semua ciptaan mestilah asli dan tidak diceduk / diciplak dari poster tempatan / luar negara.
4. Poster yang dihantar tidak pernah dipertandingkan di dalam mana-mana pertandingan.
5. Bahasa pengantar: Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris. Keutamaan diberikan kepada Bahasa Melayu.
6. Keputusan juri adalah muktamad dan poster yang dipilih sebagai pemenang akan menjadi hak milik Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. 
7. Borang pertandingan perlu dilengkapkan dan dihantar bersama dengan ciptaan poster.
 
Spesifikasi reka bentuk poster

1. Rekabentuk yang dihasilkan bersaiz A34 (ukuran 297 mm X 420 mmdengan menggunakan perisian AI (Adobe Illustrator) / perisian lain yang bersesuaian.
2. Format penghantaran poster kepada urus setia adalah dalam bentuk softcopy iaitu JPEG atau PDF.
3. Reka bentuk poster perlu mengandungi tagline "Read@uni", "With Knowledge We Lead" dan "#Malaysiamembaca".
4. Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.
 
Sesiapa yang berminat boleh muat turun borang penyertaan di sini
 
Tarikh tutup:  Sebelum/pada 12 Oktober 2018 
 
Hantar kepada

Urus Setia Jawatankuasa Ketua Pustakawan Universiti Awam
 
Maklumat lanjut

Puan Hani Liza Norfin (03-55443776)
Puan Aznur Umiza Abu Kassim (03-55448318)

SXDcUAz~