Program Literasi Maklumat: Sesi Pengenalan Perpustakaan Atas Talian Untuk Pelajar Prasiswazah Baharu Sesi 2021/2022 | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Program Literasi Maklumat: Sesi Pengenalan Perpustakaan Atas Talian Untuk Pelajar Prasiswazah Baharu Sesi 2021/2022

Program Literasi Maklumat: Sesi Pengenalan Perpustakaan Atas Talian Untuk Pelajar Prasiswazah Baharu Sesi 2021/2022

Serdang, 8 Okt - Sehubungan dengan kemasukan pelajar prasiswazah baharu sesi 2021/2022, sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) akan mengadakan Program  Literasi Maklumat : Sesi Pengenalan Perpustakaan kepada pelajar prasiswazah baharu secara atas talian seperti  butiran berikut :

Tarikh : 18hb Oktober – 5hb November 2021 (Isnin – Jumaat)
Masa  : Seperti dalam jadual yang di bawah

atau

https://online.fliphtml5.com/wneb/ufnu/#p=1

Tempat : Zoom

Modul : 1. Katalog Perpustakaan (WebOPAC)
             2. Pangkalan Data Langganan

Objektif kelas diadakan :

  • Mendidik pengguna memahami strategi bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan lebih cekap dan berkesan.
  • Mengajar kaedah mengakses akaun pengguna, menempah dan memperbaharui pinjaman atas talian.
  • Memberi pendedahan berkaitan perkhidmatan dan kemudahan Perpustakaan.

 

Disamping itu, kita juga ada pameran, buku panduan dan video untuk rujukan pelajar baharu. ( https://lib.upm.edu.my/prog_literasi_maklumat-3579)

Dimohon pensyarah untuk menguar-uarkan dan menggalakkan pelajar mengikuti program ini.

Segala kerjasama adalah amat dihargai. Bersama-sama ini dilampirkan poster Program Literasi Maklumat : Sesi Pengenalan Perpustakaan sebagai rujukan.

 

 

 

Tarikh Input: 11/10/2021 | Kemaskini: 12/10/2021 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEZNAK~