| PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD

Program Literasi Maklumat: Sesi Pengenalan Perpustakaan Atas Talian Untuk Pelajar Prasiswazah Baharu Sesi 2022/2023

Serdang, 2 Okt - Sehubungan dengan kemasukan pelajar prasiswazah baharu sesi 2022/2023, sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) akan mengadakan Program Literasi Maklumat : Sesi Pengenalan Perpustakaan kepada pelajar prasiswazah baharu secara atas talian seperti butiran berikut :

 
Tarikh : 11hb Oktober – 2hb November 2022 (Isnin – Jumaat)
Masa  : Seperti dalam jadual yang di bawah

 

 

atau

URL : https://online.fliphtml5.com/wneb/wjqu/

Tempat : Melalui aplikasi Zoom
Modul : Katalog Perpustakaan (WebOPAC)

Objektif kelas diadakan :

  • Mendidik pengguna memahami strategi bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan lebih cekap dan berkesan.
  • Mengajar kaedah mengakses akaun pengguna, menempah dan memperbaharui pinjaman atas talian.
  • Memberi pendedahan berkaitan perkhidmatan dan kemudahan Perpustakaan.

 

Disamping itu, kita juga ada pameran, buku panduan dan video untuk rujukan pelajar baharu. (https://lib.upm.edu.my/prog_literasi_maklumat-3579)

Dimohon pensyarah untuk menguar-uarkan dan menggalakkan pelajar mengikuti program ini.

Segala kerjasama adalah amat dihargai. Bersama-sama ini dilampirkan poster Program Literasi Maklumat : Sesi Pengenalan Perpustakaan sebagai rujukan.

 

 

 

SXETHAh~