|
SESI BERSAMA PENULIS : KUPASAN BUKU “ANAK AUTISME : TERAPI DAN SOKONGAN”
|
SERDANG, 21 Ogos – Sesi Bersama Penulis yang mengupas buku bertajuk “Anak Autisme : Terapi dan Sokongan” yang ditulis oleh Sakinah Idris, Nor Azizah Nurdin dan Muhammad Hibatullah Romli telah diadakan di Auditorium Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM). Dalam sesi perkongsian ilmu bersama Dr. Muhammad Hibatullah Romli, salah seorang penulis buku ini yang berpengalaman dalam terapi carakerja komuniti, terutamanya untuk kanak-kanak berkeperluan khas, telah memperincikan penerangan dan panduan mengenai penjagaan anak autisme secara menyeluruh.
Program anjuran PPSK dengan kerjasama Persatuan Keluarga Autisme UPM ini telah dihadiri seramai 42 orang dari dalam dan luar UPM dan majoriti peserta adalah mereka yang mempunyai anak autisme. Program ini merupakan salah satu inisiatif dalam memperkasa budaya membaca di UPM dengan slogan “With Knowledge We Lead” di bawah Program Read@Uni melalui sesi perkongsian ilmu bersama penulis. Objektif Program adalah untuk menyahut aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha untuk melahirkan warga Universiti yang berbudaya membaca dan mencintai ilmu, dan seterusnya merealisasikan agenda kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca 2030.
|
|
Photo : Pameran mengenai autisme di PPSK pada 21 Ogos 2019 |
Tarikh Input: 15/11/2019 | Kemaskini: 15/11/2019 | syafini
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.