| PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD

Sesi Perkongsian Ilmu Siri 1/2022

Oleh: Norfaezah Khomsan dan Nazibah Kamaruddin


Serdang, 20 Jan - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) dalam usaha menyemarakkan dan menggalakkan perpindahan pengetahuan telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu Siri 1/2022 dengan dihadiri oleh 128 orang peserta dari kalangan staf perpustakaan dan pelajar yang sedang mengikuti latihan industri di PSAS. Turut hadir penyelia kepada pelajar latihan industri dari Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi Mara Cawangan Kedah iaitu Encik Mahadi Mahmood dan Dr. Mohd Zool Hilmie Mohamed Sawal.


Sesi pembentangan dimulakan dengan perkongsian wakil peserta yang telah menghadiri Seminar Kebangsaan Pembantu Pustakawan 2021 (SKPP 2021) anjuran Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu. Seramai 18 orang peserta telah menghadiri SKPP 2021 yang diadakan secara dalam talian melalui platform Webex. Seminar ini dilihat berpotensi membuka peluang dan ruang kepada Pembantu Pustakawan bagi berkongsi dan membincangkan inovasi, trend, isu dan cabaran yang dihadapi dalam bidang perpustakaan. Encik Mohd Badrul Hisham Basro, Pembantu Pustakawan, Perpustakaan Kejuruteraan Dan Seni Bina telah berkongsi dapatan beliau berkaitan peranan pembantu pustakawan dalam penyediaan perkhidmatan perpustakaan terutama ketika situasi pandemik. Manakala Encik Mohammad Faizal Jabat, Pembantu Pustakawan Kanan, Perpustakaan Kampus Bintulu telah berkongsi pelbagai perkhidmatan dalam talian yang dikongsikan oleh pembentang semasa SKPP 2021 yang boleh dijadikan penanda aras bagi meningkatkan penyediaan perkhidmatan PSAS.


Turut membentang hasil kajian mereka adalah tiga orang pelajar latihan industri dari Program Sarjana Muda Sains Maklumat Pengurusan Perpustakaan Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah. Encik Mahadi Bin Mahmood di dalam ucapannya menitipkan penghargaan kepada warga PSAS yang telah memberi bimbingan berkaitan pengurusan perpustakaan kepada pelajar latihan industri dan mengucapkan tahniah di atas pengurusan latihan industri yang mapan di PSAS. Sebagai wakil Pengurusan PSAS, Cik Haslina Abu Seman@Talib, Timbalan Pustakawan Kanan (Perkhidmatan) di dalam ucapan penutup beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada para pembentang yang telah berkongsi pengetahuan baharu dan berharap sesi seumpama akan dapat diteruskan sebagai platform perkongsian pengetahuan di masa akan datang.

 

Jadual penuh Sesi Perkongsian Ilmu Siri 1/2022 adalah seperti berikut:

 

Masa

Tajuk dan Nama Pembentang

10.00 - 11.15 pagi

Perkongsian Peserta Seminar Kebangsaan Pembantu Pustakawan ( SKPP 2021) Pada 27 - 28 Oktober 2021

  1. Mohd Badrul Hisham Basro
  2. Mohammad Faizal Jabat

11.15 - 11.45 pagi

Pembentangan Pelajar Latihan Industri PSAS

Media Collection and Services

Oleh: Encik Muhammad Najib Mohd Rais

11.45  - 12.15 Tgh.

  • Pengalaman latihan industri dalam bahagian-bahagian perancangan dan pembangunan
  • Penandaarasan Unit Penyelidikan di Perpustakaan Universiti di luar negara.

Oleh: Cik Nur Alyaa Amirah Roslan

12.15 - 12.45 Tgh.

  • Pengalaman latihan industri dalam bahagian-bahagian perkhidmatan perpustakaan
  • Penandaarasan Unit Penyelidikan di Perpustakaan Universiti di dalam negara.

Oleh: Cik Rabiatul Adawiyah Zulkifli

12.45 - 1.00 Tgh.

Sesi Q&A

 

Perkongsian dari wakil peserta Seminar Kebangsaan Pembantu Pustakawan 2021 (SKPP 2021)

 

Pembentangan mengikut topik kajian dari pelajar latihan industri, Universiti Selangor (UNISEL)

 

Pembentangan mengikut topik kajian dari pelajar latihan industri, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah

 

Gambar berkumpulan peserta yang hadir

 

 

SXETKAZ~