Sesi Perkongsian Ilmu Siri 1/2024 | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Sesi Perkongsian Ilmu Siri 1/2024

Sesi Perkongsian Ilmu Siri 1/2024

Oleh: Norfaezah Khomsan

 

Serdang, 30 Januari - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) dalam usaha menyemarakkan dan menggalakkan pemindahan pengetahuan telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu Siri 1/2024  dengan dihadiri oleh 105 orang peserta dari kalangan staf perpustakaan dan pelajar latihan industri PSAS.

Sesi telah dimulakan dengan perkongsian dari peserta yang telah menghadiri Seminar Kebangsaan Pembantu Pustakawan 2023 (SKPP 2023) anjuran Universiti Malaysia Terengganu yang telah berkongsi berkaitan Agenda Literasi Maklumat Negara (NILA) dan Literasi Digital Perpustakaan. Peserta seminar terdiri daripada 11 orang pembantu pustakawan dari PSAS dan Perpustakaan UPM Kampus Bintulu. Pelbagai amalan terbaik, inisiatif dan program terkini berkaitan digital literasi telah dikongsikan yang telah dapat memberi manfaat dan asas kefahaman kepada warga PSAS berkaitan perancangan dan penyediaan program literasi maklumat yang holistik.

Manakala, tiga orang pelajar latihan industri Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan, Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengkomputeran, Informatik Dan Matematik, Universiti Teknologi Mara telah berkongsi pengalaman setelah menjalani latihan industri selama 6 bulan di PSAS. Para pelajar juga telah berkongsi topik-topik berkaitan bidang kepustakawanan iaitu Digital Content Management, Massive Open Online Courses, Hybrid Collection, Library Promotional Activities dan Inaugural Collection.

PSAS mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas komitmen dan sumbangan para pelajar sepanjang tempoh latihan industri di PSAS. Semoga melalui program sebegini akan dapat mengukuhkan jalinan kerjasama antara pihak UPM dan UiTM.

 

Encik Muhammad Adib Ahmad Khalid berkongsi inisiatif Agenda Literasi Maklumat Negara dan Transformasi Literasi Maklumat Digital

 

Puan Siti Sunarti Waini Osman dari Perpustakaan UPM Kampus Bintulu berkongsi asas digital literasi dan pengaplikasian teknologi di Perpustakaan

 

Pelajar latihan industri UiTM, Cik Nur Nabihah Mazlan berkongsi topik Digital Content Management

 

Pelajar latihan industri UiTM, Cik Nuralia Aqilah Zainal membentangkan topik Promotional Activies in Library

 

Pelajar latihan industri UiTM, Cik Nur Najiha Amyra Zamri berkongsi pengurusan koleksi suratkhabar melalui pembentangan melalui pembacaan artikel The British Library Newspaper Collections and Future Strategy

Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 31/01/2024 | j_mohdshahril

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEbPAY~