| PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD

Taklimat Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Oleh: Azizah Zainal Abidin, Azwana Ab Rahman dan Norfaezah Khomsan

11 September 2020 - Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) adalah penjenamaan semula Amalan 5S. EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep Amalan 5S yang telah sedia ada diamalkan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, sebaliknya elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

Sehubungan itu, pihak Perpustakaan telah mengadakan Taklimat Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kepada Jawatankuasa Pelaksana dan Jawatankuasa Zon EKSA PSAS. Taklimat ini telah diadakan di Bilik Termasa, PSAS dan dihadiri seramai 45 orang staf. Manakala seramai 35 orang staf lagi telah menyertai taklimat yang sama secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. Taklimat selama 2 jam ini telah disampaikan oleh Cik Nur Nadjla Binti Ahmad Razei, Fasilitator EKSA UPM.

Taklimat ini diharap dapat membantu para peserta dalam merangka gerak kerja pelaksanaan EKSA bagi PSAS bagi memastikan kualiti dan produktiviti perkhidmatan dapat ditingkatkan dengan persekitaran tempat kerja yang kondusif.

Cik Nur Nadjla Ahmad Razei menyampaikan taklimat Penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan

Taklimat dipancarkan melalui aplikasi Zoom

SXDdAAS~