|
|
|
Peraturan Pengunaan Bilik Rujukan Elektronik
- Perkhidmatan / kemudahan
di Bilik Rujukan Elektronik hanya untuk pelajar dan kakitangan UPM sahaja.
- Had masa akses Internet adalah dua
jam sehari kepada setiap pengguna, di mana setiap penggunaan dihadkan
selama 1 jam sahaja.
- Penggunaan komputer Internet diutamakan untuk tujuan penyelidikan.
- Pengguna boleh menerima atau menghantar e-mel.
- Pengguna dilarang melawat laman-laman web berunsur lucah
dan sensitive serta perkhidmatan pesanan atau ‘chatting.
- Hanya seorang pengguna sahaja dibenarkan mengguna setiap
komputer pada satu-satu masa.
- Pihak PSAS menghormati hak ‘privacy’ setiap pengguna.
Walau bagaimanapun, pihak kami juga berhak untuk memantau penggunaan internet
bagi memastikan semua peraturan dipatuhi.
- Pihak PSAS tidak bertanggungjawab kepada keselamatan pertukaran
maklumat atau transaksi yang dibuat melalui internet.
- Pegawai PSAS akan membantu pengguna-pengguna sekiranya
diperlukan.
- Pengguna tidak dibenarkan mengubah / mengalih perkakasan
komputer / perabot.
- Pengguna tidak boleh menggunakan program perisian mereka
sendiri untuk mengelakkan virus.
- Akta Hak Cipta melarang sebarang penyalinan atau pengedaran
bahan yang dilindungi oleh akta berkenaan. Segala tanggungjawab yang terbit
dari penyalahgunaan Hakcipta atau sebarang penyalahgunaan adalah tertanggung
oleh pengguna.
- Semua pengguna perlu menunjukkan kad matrik semasa mendaftar.
- Pelanggaran atau ketidakpatuhan pengguna kepada peraturan-peraturan di
atas/peraturan umum Perpustakaan boleh menyebabkan pengguna dikenakan salah
satu daripada tindakan-tindakan berikut:
• Digantung serta merta daripada mendapatkan semua kemudahan
perkhidmatan di Bahagian Rujukan.
• Digantung keahlian perpustakaan selama 4 minggu.
• Digantung keahlian perpustakaan selama 8 minggu untuk
kesalahan kali kedua.
• Digantung keahlian perpustakaan selama satu semester
bagi kesalahan kali seterusnya.
• Denda tidak melebihi RM200.00.
• Memaklumkan kepada TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
(HEPA).
Diluluskan oleh: Mesyuarat Pengurusan PSAS ke 9 (30 Mac 2006)
|