|
|
|
Koleksi Terbitan Bersiri
Terdapat tiga kategori terbitan bersiri:
- Koleksi Terbitan Bersiri Kini
Bahan-bahan di dalam koleksi ini terdiri daripada jurnal-jurnal keluaran terbaru yang diterima oleh Perpustakaan samada secara pembelian, pertukaran atau hadiah. Bahan-bahan ini dipamerkan di Bilik
Terbitan Bersiri Kini. Bahan-bahan ini tidak boleh dibawa keluar dari bilik tersebut.
- Koleksi Terbitan Bersiri Kebelakangan (Yang Belum Berjilid)
Jurnal-jurnal yang belum berjilid disimpan di dalam koleksi ini. Ia
terletak di Bilik Koleksi Terbitan Bersiri Kebelakangan di Tingkat Satu Blok B. Sekiranya pengguna ingin menggunakan bahan-bahan ini, permohonan boleh dibuat di kaunter koleksi tersebut. Bahan-bahan ini hanyalah untuk rujukan di dalam Perpustakaan sahaja.
- Koleksi Terbitan Bersiri Berjilid
Jurnal berjilid tersusun di rak-rak di tingkat bawah Blok B, berdasarkan nombor panggilan. Ia mempunyai simbol 'btb' di atas nombor panggilannya.
|