PSAS Banner 1 PSAS Banner 2
 
english button

Kemudahan Pinjaman
Membaharui Pinjaman
Tempahan
Keahlian

Kemudahan Pinjaman

Pinjaman

Koleksi buku am boleh dipinjam di Kaunter Pinjaman/Pemulangan atau menggunakan Mesin Pinjaman Layan Diri yang disediakan. Kemudahan pinjaman bagi pelbagai kategori pengguna adalah seperti berikut:

1. Buku

Pegawai / Kakitangan UPM

Kelayakan / Tempoh Pinjaman

Pegawai Pengurusan & Profesional (Tetap)

30 naskhah / 60 hari

Pegawai Akademik : Pensyarah (Tetap)

30 naskhah / 60 hari

Pensyarah Kontrak / Tutor / Fellow Researcher / Profesor Pelawat (beserta Surat Jaminan / Akuan Fakulti / Jabatan)

15 naskhah / 30 hari

Pensyarah Sambilan, Pegawai Kontrak, Pegawai Sementara, Pembantu Penyelidik & jawatan seumpamanya.

4 naskhah / 14 hari

Anggota Bersekutu : Tenaga Pengajar Bersekutu, Penasihat Jabatan, Anggota Majlis & Pegawai Pinjaman UPM

15 naskhah / 14 hari

Pegawai Sokongan

4 naskhah / 14 hari

Pelajar

Kelayakan / Tempoh Pinjaman

Pelajar Ijazah Lanjutan / MBA / PhD / Fellow / Master GS / Master GM

15 naskhah / 30 hari

Pelajar Ijazah Lanjutan Pendidikan Jarak Jauh

15 naskhah / 30 hari

Pelajar Perubatan Klinikal (Bacelor / Doktor)

10 naskhah / 30 hari

Pelajar Ijazah (Bacelor) / Eksekutif

6 naskhah / 14 hari

Pelajar Diploma / Asasi Sains

6 naskhah / 14 hari

Pelajar Ijazah Pendidikan Jarak Jauh

4 naskhah / 21 hari

Pelajar Tanpa Ijazah
(termasuk pelajar siswazah dari luar negara yang menjalani sebahagian daripada pengajian di UPM)

4 naskhah / 14 hari

Kursus Khas (Kursus Jangka Pendek)

4 naskhah / 14 hari

Anggota Luar

Kelayakan Pinjaman
(Koleksi Am Sahaja)

Bayaran Keahlian

Keperluan Lain

Pegawai Pengurusan
& Profesional (Tetap)

3 penama
2 naskhah x seorang
/ 14 hari

Yuran Tahunan = RM1,000
Pendaftaran + Kad = RM30

Pengesahan Majikan

Institusi Kerajaan

3 penama
2 naskhah x seorang
/ 14 hari

Yuran Tahunan = RM500
Pendaftaran + Kad = RM30

Pengesahan Ketua Jabatan

Pegawai Kerajaan / Badan Berkanun

2 naskhah
/ 14 hari

Yuran Tahunan = RM75
Pendaftaran + Kad = RM10

1 keping gambar
Pengesahan Ketua Jabatan

Ahli Alumni

2 naskhah
/ 14 hari

Yuran Tahunan = RM75
Pendaftaran + Kad = RM10

1 keping gambar
Kad Ahli / Surat Alumni UPM

Pelajar IPTA

2 naskhah
/ 14 hari

Yuran Tahunan = RM200
Pendaftaran + Kad = RM10

1 keping gambar

Pegawai Badan Swasta / Persendirian

2 naskhah
/ 14 hari

Yuran Tahunan = RM200
Pendaftaran + Kad = RM10

1 keping gambar

Pelajar IPTS

2 naskhah
/ 14 hari

Yuran Tahunan = RM200
Pendaftaran + Kad = RM10

1 keping gambar
Pengesahan Dekan / Pengetua Kolej

Ahli Keluarga Staf Tetap UPM

2 naskhah
/ 14 hari

Percuma

1 keping gambar
Pengesahan Ketua Jabatan Staf UPM

Pesara UPM

2 naskhah
/ 14 hari

Percuma

1 keping gambar
Pengesahan Ketua Jabatan

2. Bahan-bahan Terbitan Bersiri
Bahan terbitan bersiri kini dan yang belum berjilid hanya boleh digunakan di bilik koleksi di mana bahan itu ditempatkan.

3. Bahan-bahan Rujukan
Bahan-bahan ini khusus digunakan di Perpustakaan sahaja. Walaubagaimanapun, pegawai akademik boleh meminjam bahan-bahan rujukan yang tertentu atas budibicara Pustakawan Bahagian Sirkulasi.

4. Koleksi Buku Berbintik Merah
Semua pengguna boleh meminjam sebuah buku pada satu masa selama dua jam. Hanya sebuah buku teks dibenarkan untuk pinjaman semalaman. Waktu pinjaman ada dinyatakan di kaunter berkenaan.

5. Bahan-bahan Pandang Dengar
Semua bahan pandang-dengar hanya digunakan di dalam Perpustakaan sahaja. Walaubagaimanapun kakitangan akademik boleh meminjam bahan tertentu bagi satu-satu tempoh yang ditetapkan. Permohonan untuk menggunakan bahan pandang-dengar boleh dibuat melalui Pustakawan di Bahagian Media dan Arkib.

6. Tesis/Laporan Projek
Pinjaman bagi tesis dan bahan laporan projek hanya bagi tempoh 2 jam sahaja. Tesis/laporan projek tidak boleh dibawa keluar dari Perpustakaan sama sekali. Salinanfoto hanya boleh dibuat jika bahan tersebut mengandungi surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan.

7. Bahan-bahan Perpustakaan yang lain
Untuk meminjam bahan-bahan lain pembaca boleh berhubung dengan Pustakawan di Bahagian Sirkulasi.

Pustakawan boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengubahsuai sebarang peraturan-peraturan kemudahan pinjaman bahan-bahan Perpustakaan dari masa ke semasa, mengikut keperluan pengguna.

Membaharui Pinjaman

Bahan-bahan Perpustakaan yang dipinjam boleh dibaharui pinjamannya kecuali ia telah ditempah oleh pengguna lain. 

Tempahan

Para pengguna boleh menempah buku sekiranya buku yang perlukan sedang dipinjam oleh pengguna lain. 

MAKLUMAT LAIN

1. Sekiranya buku yang sama ditempah oleh beberapa orang pengguna, keutamaan akan diberi kepada penempah pertama. Tempoh pinjaman akan dihadkan kepada satu minggu sahaja.

2. Buku yang ditempah akan disimpan selama satu minggu. Selepas tarikh tersebut, buku itu akan diberikan kepada penempah seterusnya dalam senarai atau dikembalikan ke rak.

Sila berjumpa Pustakawan Bahagian Sirkulasi jika memerlukan bantuan.

TEMPAHAN BUKU KOLEKSI BERBINTIK MERAH

Buku-buku Koleksi Berbintik Merah boleh ditempah dengan mengisi kad tempahan yang terdapat di Kaunter Bahagian Koleksi Khas. Waktu untuk mengambil bahan-bahan yang ditempah akan dimaklumkan dan ianya akan disimpan selama sepuluh minit. Sekiranya bahan tersebut tidak diambil dalam jangka masa tersebut, ianya akan dipinjamkan kepada pembaca lain. Penempahan untuk pinjaman semalaman boleh dibuat pada waktu-waktu yang ditetapkan oleh Perpustakaan dan pengumuman ini akan diletakkan di kaunter berkenaan. Bahan-bahan yang ditempah mestilah diambil oleh pengguna yang membuat tempahan.