Notis Pembatasan Hakcipta

Undang-undang berhubung dengan Hakcipta Malaysia (Akta Hakcipta (Akta 332)) adalah digunakan untuk memberi lesen dalam melindungi karya-karya yang dicipta oleh seseorang individu.

Di dalam sesuatu keadaan yang tertentu di bawah undang-undang ini, perpustakaan dan arkib adalah dibenarkan untuk membuat salinan atau menghasilkan semula sesuatu bahan itu dengan syarat tidak:

a. menjual, menyewakan atau dengan cara dagangan, menawarkan atau mendedahkan untuk jualan atau sewaan, artikel itu;

b. Mengedarkan artikel -

i. Bagi maksud perdagangan; atau

ii.Bagi apa-apa maksud lain ke takat yang akan memudaratkan tuan punya hakcipta itu; atau


c. Dengan cara dagangan, mempamerkan artikel itu kepada awam.

Tertakluk kepada Akta ini, tindakan terhadap sesuatu pelanggaran hakcipta boleh diambil dan "apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya".

Perpustakaan berhak untuk menolak daripada membuat salinanfoto sekiranya ia melanggar Akta Hakcipta.