Password : upmlib08
BLIS ialah perpustakaan elektronik yang menyediakan berita dan maklumat mengenai Malaysia. Ia sebagai 'one-stop' portal perpustakaan dan penyelidikan yang menyediakan maklumat paling komprehensif berkenaan pasaran, ekonomi, perindustrian dan personaliti di Malaysia. Maklumat di BLIS terkandung kepada beberapa modul. Setiap modul mengandungi arkib ribuan laporan berita dan fail-fail data isu khas. BLIS dibangunkan oleh Malaysian National News Agency, BERNAMA, pembekal berita dan perkhidmatan maklumat di negara ini.
Pangkalan Data AGRIS (FAO)
Pangkalan Data AGRIS merupakan pangkalan data bibliografi yang mengandungi maklumat sains dan teknologi pertanian, termasuk aspek-aspek perhutanan, sains penternakan, perikanan, sains makanan dan alam sekitar. Ia merangkumi penerbitan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang diterbitkan di Malaysia. Maklumat lanjut, hubungi: Penyelaras AGRIS (Salmah Abdullah), Tel: 03-89468625, E-mel: salma@lib.upm.edu.my
LawNet (Online Library of Malaysian Laws)
Scope: included Updated Acts of Parliament, Principal Acts (Original), Amendment Acts, Or dinances, Bills Supplement, Updated Rules & Regulations, Legislative Supplement (A ), Legislative Supplement (B), Federal Constitution, Criminal Procedure Code, Pena l Code, National Land Code, Rules of Court, Court Forms, General Orders and "Arahan Perbendaharaan". LawNet launched its electronic Gazette (e-Gazette), an electronic version of Malaysia Gazette printed by PNMB, the official printer appointed by the Government of Malaysia since 2001.
MASTICLink
Pangkalan Data ini menyediakan akses kepada maklumat Sains dan Teknologi
NSTP
E-media (NSTP Integrated Electronic Information System)
NSTP Online Reference Service adalah perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh New Strait Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP). Perkhidmatan
ini menyediakan maklumat harian petikan suratkhabar kebangsaan keluaran NSTP. Ianya juga mengandungi pangkalan data khusus mengenai syarikat, personaliti perseorangan, negara-negara luar dan juga pangkalan data mengenai negeri-negeri di Malaysia dan makalah-makalah daripada jurnal Malaysia Business keluaran NSTP.
PALMOILIS
Pangkalan data yang dibina oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Ianya mengandungi segala maklumat mengenai kelapa sawit yang disimpan
di institut tersebut termasuk resipi menggunakan minyak sawit, profil PORIM dan lain-lain pangkalan data perumah.
SIRIMLINK
Perkhidmatan pangkalan data dalam talian yang dibina oleh Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). Pangkalan data ini mengandungi
perkara-perkara mengenai teknologi dan perkembangan teknologi seperti piawaian, prosidur kualiti dan paten dan lain-lain data yang berhubungkait dengan perdagangan dan isu-isu teknikal.
Untuk keterangan lanjut tentang semua pangkalan data di atas sila hubungi Bahagian Pengurusan Maklumat di talian 03-89468620
|