PSAS Banner 1 PSAS Banner 2
 
english button

Soalan Lazim Mengenai Perpustakaan Sultan Abdul Samad

1. Bagaimanakah untuk menjadi Ahli Perpustakaan?

Ahli Perpustakaan Sultan Abdul Samad terdiri daripada pelajar dan staf UPM, dan juga ahli awam. Bagi pelajar dan staf UPM, mereka adalah ahli perpustakaan secara automatik. Bagi orang awam pula keahlian Perpustakaan terbahagi kepada beberapa kategori yang telah ditetapkan oleh Perpustakaan UPM. Cara pendaftaran dan syarat untuk menjadi Ahli PSAS boleh dirujuk pada panduan Keahlian Perpustakaan.

2. Berapakah jumlah buku atau bahan yang boleh saya pinjam?

Jumlah pinjaman bahan dan jangkamasa pinjaman bergantung kepada kelayakan anda mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh PSAS. Kelayakan ini boleh dirujuk di dalam Buku Panduan PSAS dan juga di Laman Web PSAS klik di sini

3. Bagaimanakah saya boleh tahu jumlah tajuk buku yang telah saya pinjam?

Anda boleh mengetahui tajuk buku yang telah dipinjam dengan menyemak sendiri rekod pinjaman di Virtua WebOPAC (Katalog Perpustakaan SAS dalam talian).

  • Di seksyen 'Patron Access', masukkan Nombor keahlian Perpustakaan di ruang 'Patron ID' dan Kata rahsia di ruang 'Password'
  • Klik 'Activity'
  • Skrin akan memaparkan rekod pinjaman anda