-
Masa Perpustakaan dibuka boleh dipinda
dari masa ke semasa, dan pengumumannya mengenainya akan dipaparkan di laman web serta papan
kenyataan Perpustakaan.
-
Pengguna hendaklah berpakaian kemas dan
bersopan ketika berada di Perpustakaan. Pemakaian seluar pendek dan selipar getah adalah TIDAK dibenarkan.
Penggunaan
telefon bimbit, merokok, makan dan minum adalah dilarang di kawasan umum
dalam Perpustakaan. Bagi pengguna telefon bimbit, pihak Perpustakaan menyediakan
bilik khas di Tingkat 1.
-
Pengguna Perpustakaan tidak dibenarkan
tidur, makan dan menelaah nota-nota di dalam bilik sembahyang.
-
Membuat bising adalah dilarang di
dalam Perpustakaan.
-
Tempat duduk Perpustakaan terbuka kepada semua pengguna dan tidak dibenarkan menempah tempat duduk.
-
Buku dan alat-alat lain yang ditinggalkan di atas kerusi dan meja dalam
jangka waktu yang lama akan diambil oleh pegawai perpustakaan.
-
Beg, payung, bungkusan dan sebagainya
tidak boleh dibawa masuk ke dalam Perpustakaan. Tempat khas untuk
menyimpan barang-barang tersebut disediakan di pintu masuk. Perpustakaan
tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan harta
benda.
-
Loceng isyarat akan dibunyikan sepuluh
minit sebelum masa tutup dan semua pengguna dikehendaki meninggalkan
Perpustakaan apabila tiba masa tersebut.
-
Pengguna dikehendaki menunjukkan semua buku serta bahan-bahan yang
dibawa keluar untuk pemeriksaan sebelum meninggalkan Perpustakaan.
-
Pegawai perpustakaan yang bertugas
berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan Perpustakaan jika
ia didapati mengganggu ketenteraman Perpustakaan.
-
Ketua Pustakawan berkuasa menarik balik
kemudahan Perpustakaan sekiranya peraturan-peraturan di atas tidak
dipatuhi.
PERHATIAN !
Tujuan utama peraturan-peraturan ini ialah
untuk melindungi kepentingan bersama pengguna dan untuk membolehkan Perpustakaan menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin. Para pelajar adalah diingatkan bahawa peraturan-peraturan ini mempunyai kuasa Peraturan Tatatertib Universiti yang akan dikuatkuasakan oleh Ahli Jawatankuasa Tatatertib.