|
Perkhidmatan Pembekalan Dokumen |
|
|
|
|
Perkhidmatan Pembekalan Dokumen
|
PERKHIDMATAN PEMBEKALAN DOKUMEN
BAGIKAKITANGAN DAN PELAJAR UPM
|
Perkhidmatan Pembekalan Dokumen bertujuan membantu
mendapatkan bahan-bahan yang tiada di dalam koleksi Perpustakaan Sultan
Abdul Samad (PSAS) melalui kerjasama antara perpustakaan sama ada di dalam
negeri atau di luar negara. Semua staf dan pelajar UPM (yang berdaftar
dan berstatus aktif dalam sistem perpustakaan) adalah layak untuk
menggunakan perkhidmatan ini. Permohonan hanya dibenarkan bagi bahan-bahan
yang diperlukan untuk tujuan tugas, pengajaran dan penyelidikan dan tertakluk
di bawah Akta Hakcipta.
*Notis Pembatasan Hakcipta
JENIS BAHAN YANG BOLEH DIMOHON:
Buku (koleksi am): boleh dipinjam.
Artikel jurnal/kertas persidangan: Salinanfoto sahaja.
Tesis: pembelian salinan tesis dari Proquest Digital Dissertation
atau universiti-universiti luar negara.
PERMOHONAN BAHAN:
- Sebelum mengisi borang permohonan, semak katalog perpustakaan
Virtua Gateway
dan A-to-Z Fulltext E-Journal
untuk memastikan bahan yang dikehendaki TIADA
dalam koleksi PSAS.
- Lengkapkan borang permohonan yang boleh diperolehi di
Meja Penasihat Pengguna atau di Bahagian Pengurusan Maklumat.
(Sila taip/tulis permohonan dengan terang dan jelas).
- Serahkan borang yang lengkap kepada staf Perkhidmatan
Pembekalan Dokumen. Pastikan maklumat yang diberi adalah lengkap
dan tepat. (Sertakan salinan sumber rujukan sekiranya
ada).
- Sekiranya anda tahu lokasi bahan yang dimohon, sila nyatakan
di borang permohonan bagi mempercepatkan proses pencarian.
Sila semak Katalog
Perpustakaan Malaysia melalui laman web PSAS.
- Permohonan juga boleh dibuat melalui:
- Tel: 03-89468651 (u.p: Staf PPD/Haslina Kadir/Hasimah Adam)
- Faks: 03-89483745 (u.p.: Staf PAP)
- E-mel: (pap1@lib.upm.edu.my)
Perhatian:
Sila ambil perhatian bahawa pembatalan permohonan pada kebiasaannya
TIDAK dibenarkan, terutama permohonan yang telah dihantar
ke British Library. Justeru, adalah amat penting memastikan permohonan
dibuat hanya bagi bahan yang benar-benar diperlukan sahaja.
MAKLUMAT BIBLIOGRAFI BAHAN:
Sila pastikan maklumat bibliografi sesuatu bahan itu adalah
tepat dan lengkap, jika tidak proses permohonan mungkin akan
tertangguh atau permohonan akan dibatalkan. Berikut adalah maklumat
yang lazimnya diperlukan bagi sesuatu permohonan:
- Buku/Tesis:
- Pengarang/editor
- Judul (dan ISBN jika ada)
- Edisi (jika berkenaan)
- Tempat penerbitan
- Penerbit/ Nama Universiti bagi permohonan tesis
- Tahun penerbitan.
- Artikel Jurnal/Kertas Persidangan:
- Judul Jurnal/Persidangan
- Bagi kertas persidangan/seminar – tarikh dan
tempat
persidangan dan penganjur persidangan
- Tahun, jilid, isu no., mukasurat yang dikehendaki
- Tajuk artikel
- Pengarang artikel
TANGGUNGJAWAB PEMOHON:
- Sila simpan semua tajuk bahan yang dimohon untuk rujukan
sendiri.
- Mengambil bahan yang dimohon serta memulangkan pinjaman
bahan dengan kadar segera. (Kebiasaannya tempoh pinjaman ialah
selama sebulan, sila kembalikan bahan 5 hari sebelum tamat tempoh).
- Pemohon juga bertanggungjawab atas bahan-bahan yang hilang
atau rosak semasa dalam pinjaman mereka. Kadar denda tertakluk
kepada perpustakaan pembekal.
- Pemohon tetap dikenakan bayaran bagi setiap bahan
yang diperolehi melalui perkhidmatan ini, walaupun tidak datang
menuntutnya.
PENGAMBILAN BAHAN:
Tempoh yang diambil bagi mendapatkan bahan bergantung kepada
maklumbalas dari perpustakaan pembekal.
Bagaimanapun, pemohon boleh menghubungi staf Perkhidmatan Pembekalan
Dokumen 5 hari selepas menghantar permohonan untuk mengetahui status
permohonan tersebut.
Pemohon akan dimaklumkan sebaik sahaja bahan diterima sama ada
melalui e-mel atau telefon.
Bahan boleh diambil dari Perkhidmatan PAP pada waktu pejabat seperti
berikut:
Isnin-Khamis : 8 am – 1 pm & 2 pm
- 5.00 pm
Jumaat
: 8 a.m. –12.15pm & 2.45pm – 5.00pm
KADAR DAN CARA BAYARAN:
Perkhidmatan PAP adalah BERBAYAR.
Kadarnya boleh berubah dari semasa ke semasa dan ditentukan oleh
Perpustakaan Pembekal. Bagaimanapun, pinjaman buku dari Perpustakaan
Dalam Negeri adalah percuma.
Pemohon dikehendaki menjelaskan bayaran sebelum bahan diambil.
Bayaran boleh dilakukan sama ada secara tunai atau melalui
potongan vot fakulti/penyelidikan.
Bagi potongan vot, pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan
Potongan Vot untuk Perkhidmatan PAP dan mendapatkan pengesahan
Penyelia atau Ketua Jabatan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Pustakawan
Perkhidmatan Pembekalan Dokumen
Perpustakaan Sultan Abdul Samad
43400 UPM Serdang.
Tel : 03-89468651 (u.p: Haslina Kadir/Hasimah Adam) atau 03-89468625
Fax: 03-89483745
E-mail : pap1@lib.upm.edu.my atau amza@lib.upm.edu.my
|
PERKHIDMATAN PEMBEKALAN DOKUMEN UNTUK INSTITUSI LUAR
|
Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) menyediakan perkhidmatan Pembekalan
Dokumen kepada perpustakaan institusi-institusi luar. Bagi individu
yang ingin memperolehi bahan dari koleksi PSAS boleh memohon melalui perpustakaan
organisasi masing-masing atau mana-mana perpustakaan awam.
Pemohon boleh menyemak koleksi PSAS melalui
Katalog
Perpustakaan VIRTUA GATEWAY
Permohonan boleh dibuat menggunakan:
- Borang Skim Pembekalan Penerbitan (SPP) - bagi
Institusi Tempatan
- Tel: 03-89468620 (u.p: Staf PPD/Mazalan Abdullah)
- Faks: 03-89483745 (u.p.: Staf PAP)
- E-mel: pap@lib.upm.edu.my
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Pustakawan
Perkhidmatan Pembekalan Dokumen
Perpustakaan Sultan Abdul Samad
43400 UPM Serdang.
Tel : 03-89468625
Fax: 03-89483745
E-mail: amza@lib.upm.edu.my
| |