Koleksi Buku Berbintik Merah
Koleksi ini terdiri daripada bahan-bahan teks yang penting bagi kursus-kursus
yang ditawarkan dan makalah-makalah. Bahan-bahan ini ditandakan dengan bintik merah
di atas nombor panggilannya. Koleksi ini ditempatkan di dalam Bahagian Koleksi Khas di Tingkat Dua Blok B. Pengguna yang mengetahui nombor panggilan bahan yang dikehendaki bolehlah pergi ke rak berkenaan untuk mengambil bahan tersebut. Pengguna hanya boleh meminjam satu bahan selama dua jam dan boleh digunakan di dalam Bilik Koleksi ini sahaja.
|