PSAS Banner 1 PSAS Banner 2
 
english button

Koleksi Malaysiana


red line

Buku-buku di dalam koleksi ini terdiri daripada bahan-bahan dalam bidang pertanian dan bidang perkara lain yang berkaitan dengan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan kegiatan-kegiatan pengembangan UPM. Bahan-bahan ini haruslah diterbitkan di dalam atau di luar Malaysia yang mana keseluruhannya atau sebahagian besarnya berhubung dengan Malaysia. Koleksi ini juga mengandungi terbitan undang-undang, Malaysia.


Lokasi

Koleksi ini ditempatkan di Bahagian Koleksi Khas di Tingkat Dua Blok B. Bahan-bahan di koleksi ini disusun mengikut nombor panggilan dan ditandakan dengan bintik putih di atas nombor panggilannya. Bagi bahan-bahan selain daripada terbitan undang-undang, pengguna digalakkan merujuk koleksi lain sebelum menggunakan Koleksi Malaysiana. Bahan-bahan ini boleh digunakan di dalam bilik ini sahaja.