PSAS Banner 1 PSAS Banner 2
 
english button


KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN

  1. Internet Tanpa Wayar
  2. Seluruh bangunan Perpustakaan dilengkapi rangkaian internet tanpa wayar (wireless network). Melalui kemudahan ini pengguna yang memiliki komputer riba (laptop / notebook) berpeluang melayari internet di mana-mana sahaja sekitar bangunan Perpustakaan dengan syarat pengguna mestilah mendaftar dan mendapatkan kata laluan di Kaunter Wifi@Hotspot Registration , Bilik Rujukan Elektronik, Tingkat 1, Blok A Perpustakaan.

  3. Mesin Pinjaman Layan Diri
  4. Mesin ini disediakan untuk memberi kemudahan kepada pengguna membuat pinjaman dan pembaharuan pinjaman buku secara layan diri tanpa perlu beratur di Kaunter Sirkulasi. Mesin ini berada di Tingkat 1, Blok A. Kemudahan ini juga terdapat di Perpustakaan Perubatan & Sains Kesihatan dan Perpustakaan Perubatan Veterinar

  5. Bilik Karel
  6. Perpustakaan menyediakan 44 buah bilik karel untuk pegawai akademik, pelajar ijazah lanjutan dan pelajar ijazah tahun akhir. Permohonan untuk menggunakan bilik ini boleh dibuat di Kaunter Tempahan Laci Berkunci dan Bilik Karel, Tingkat 1 Blok A Perpustakaan. Kemudahan ini juga terdapat di Perpustakaan Kampus Bintulu

  7. Bilik Perbincangan
  8. Perpustakaan mempunyai 5 buah Bilik Perbincangan untuk kemudahan pengguna membuat perbincangan atau belajar berkumpulan. Permohonan untuk menggunakan bilik-bilik ini boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi Bahagian Terbitan Bersiri, Tingkat 1 Blok B Perpustakaan. Kemudahan ini juga terdapat di Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan

  9. Kotak Pemulangan Buku (Book Drop)
  10. Kotak Pemulangan Buku atau 'Book Drop' yang terletak di sebelah kiri pintu masuk Perpustakaan boleh digunakan untuk memulangkan buku semasa Waktu Perkhidmatan Perpustakaan ditutup. Anda hanya perlu memasukkan buku ke dalam 'Book Drop' dan resit akan dikeluarkan. Sila simpan resit anda sebagai bukti bahan telah dipulangkan.

  11. Auditorium
  12. Perpustakaan mempunyai 2 buah bilik auditorium untuk aktiviti penayangan bahan media seperti video, filem dan sebagainya bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran di Universiti. Auditorium ini dilengkapi dengan alat tayangan bahan media ini boleh memuatkan di antara 60 - 75 pengguna pada satu-satu masa. Permohonan untuk menggunakan bilik ini perlu dilakukan oleh pensyarah atau wakilnya di kaunter Media dan Arkib, Tingkat Bawah Blok A Perpustakaan. Kemudahan ini juga terdapat di Perpustakaan Kampus Bintulu untuk kapasiti pengguna terhad kepada 55 orang

  13. Bilik Bahan Pandang Dengar (BPD)
  14. Sebanyak 9 buah Bilik Pandang Dengar (BPD) disediakan untuk tayangan video, pencarian maklumat dari bahan-bahan dalam bentuk CD ROM, disket, slaid, filem strip dan mendengar kaset. Setiap bilik boleh memuatkan seramai 4 orang pada satu-satu masa. Tempahan boleh dibuat di Kaunter Media dan Arkib, Tingkat Bawah Blok A Perpustakaan.

  15. Bilik Muzik
  16. Sebanyak 2 bilik muzik / tayangan video disediakan kepada pengguna untuk tujuan santai dan merehatkan minda. Setiap bilik ini boleh memuatkan 20 pengguna pada satu-satu masa. Permohonan untuk menggunakan bilik ini boleh dibuat di Kaunter Media dan Arkib, Tingkat Bawah Blok A Perpustakaan.

  17. Ruang Menonton
  18. Ruang Menonton televisyen dan video boleh dimanfaatkan sepanjang waktu perpustakaan dibuka. Permohonan untuk menonton video boleh dibuat di Kaunter Media dan Arkib, Tingkat Bawah Blok A. Pihak perpustakaan turut melanggan beberapa saluran menarik dan berinformasi untuk tontonan pengguna

  19. Surau
  20. Sebuah surau yang serba lengkap disediakan untuk muslim / muslimah menunaikan solat. Surau ini terletak di Tingkat 2 Blok A Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan di aras 1, Perpustakaan Perubatan & Sains Kesihatan

  21. Bilik Simpan Barang
  22. Bilik Simpan Barang untuk kegunaan semua pengguna perpustakaan ada disediakan di Tingkat 1 Blok A dan B Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan aras bawah, Perpustakaan Perubatan & Sains Kesihatan.

  23. Bilik Latihan
  24. Perpustakaan menyediakan sebuah bilik latihan yang dilengkapi dengan peralatan komputer untuk aktiviti-aktiviti pengajaran, latihan, bengkel, kursus, ceramah dan sebagainya yang dianjurkan oleh Perpustakaan. Bilik ini terletak di Tingkat Bawah, Blok A Perpustakaan.

  25. Bilik Rujukan Elektronik
  26. Perpustakaan menyediakan sebuah Bilik Rujukan Elektronik untuk memudahkan pengguna mengakses maklumat yang diperolehi dalam bentuk elektronik seperti pangkalan data CD-Rom, jurnal elektronik dan Internet. Bilik ini terletak di Tingkat 1, Blok A Perpustakaan. Perpustakaan Perubatan & Sains Kesihatan menyediakan 3 buah komputer di koleksi Bahan Terbitan Bersiri, Aras 2 untuk memudahkan pengguna mengakses pangkalan data/jurnal elektronik. Sementara Perpustakaan Perubatan Veterinar menyediakan 2 buah komputer untuk kemudahan pengguna. Perpustakaan Kampus Bintulu menyediakan Stesen Multimedia untuk kegunaan para pelajar mengakses Internet, CD-Rom serta pengimbasan dan cetakan.

  27. Laci Berkunci
  28. Perpustakaan menyediakan 344 laci berkunci untuk disewa kepada pengguna secara bulanan. Kadar sewa bulanan adalah RM2.00. Permohonan untuk menggunakan kemudahan ini boleh dibuat di kaunter Tempahan Laci Berkunci dan Bilik Karel, Tingkat 1 Blok A Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Perpustakaan Kampus bintulu juga menyediakan kemudahan 108 laci berkunci untuk disewa dengan kadar bayaran RM50.00 sebagai cagaran dan RM5.00 sewa bulanan.

  29. Salinan foto
  30. Kemudahan mesin salinan foto yang menggunakan syiling dan kad disediakan untuk semua pengguna PSAS. Pengguna boleh memilih untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh PSAS atau yang dikendalikan oleh agensi yang dilantik. Kad salinan foto boleh dibeli di Kaunter Jualan Tingkat 2 berhadapan Bahagian Koleksi Khas, PSAS. Kaunter berbayar turut disediakan di Bahagian Perkhidmatan Sokongan, Tingkat Bawah Blok A Perpustakaan.

    Perpustakaan Perubatan & Sains Kesihatan
    Kemudahan mesin salinan foto layan diri disediakan di Bahagian Koleksi Terbitan Bersiri, Aras 2 Perpustakaan Perubatan. Pengguna boleh membeli kad salinan foto di Kaunter Sirkulasi Aras Bawah Perpustakaan Perubatan.

    Perpustakaan Perubatan Veterinar
    Kemudahan mesin salinan foto layan diri disediakan di Tingkat Bawah Perpustakaan Perubatan Veterinar. Pengguna boleh membeli kad salinan foto di Kaunter Sirkulasi, Tingkat 1 Perpustakaan Perubatan Veterinar.

  31. Cetakan Berkomputer
  32. Kemudahan ini disediakan untuk semua pengguna Perpustakaan. Pengguna perlu membayar 10 sen untuk setiap helai cetakan kertas bersaiz A4. Perkhidmatan ini disediakan di kaunter Bahagian Perkhidmatan Sokongan, Tingkat Bawah Blok A Perpustakaan.

  33. Mesin Faksimili
  34. Perpustakaan menyediakan kemudahan mesin faksimili untuk pengguna mengirim dan menerima dokumen. Kemudahan ini terdapat di Bahagian Perkhidmatan Sokongan, Tingkat Bawah Blok A. Kemudahan ini adalah berbayar mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Perpustakaan.