|
Peraturan Pinjaman/Pemulangan |
|
|
|
|
|
Peraturan Pinjaman/Pemulangan
1. Peraturan Pinjaman / Pemulangan
- Peminjam dikehendaki menunjukkan kad ahli / kakitangan / matrik apabila meminjam bahan-bahan perpustakaan.
- Sebarang buku atau bahan-bahan Perpustakaan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan sebelum ia direkodkan oleh Pegawai Perpustakaan.
Membawa keluar bahan-bahan Perpustakaan tanpa kebenaran adalah dianggap satu kesalahan besar.
- Bahan-bahan Perpustakaan yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada atau sebelum tarikh / masa yang ditetapkan.
- Pengguna hendaklah memastikan bahawa rekod bagi buku yang dipulangkan telah dibatalkan sebelum meninggalkan Kaunter Sirkulasi.
- Tempoh pinjaman buku ialah mengikut kelayakan pinjaman pengguna.
Walaubagaimanapun, Perpustakaan boleh menetapkan tempoh pinjaman yang berbeza mengikut jenis bahan / menurut apa yang difikirkan sesuai.
- Semua pengguna dikehendaki memulangkan semua bahan-bahan pinjaman yang melampaui tarikh pemulangan dan membayar semua denda sebelum mereka dibenarkan membuat pinjaman seterusnya.
2. Membaharui Pinjaman
- Bahan-bahan Perpustakaan yang dipinjam boleh diperbaharui tempoh pinjamannya kecuali jika bahan itu telah ditempah oleh pengguna lain.
- Pinjaman boleh diperbaharui di Kaunter Sirkulasi atau secara atas talian melalui Katalog Perpustakaan (OPAC) Virtua
3. Tempahan
- Pengguna boleh membuat tempahan sekiranya bahan Perpustakaan yang diperlukan telah dipinjam oleh penggguna lain.
- Tempahan bahan boleh dibuat secara atas talian melalui Katalog Perpustakaan (OPAC) Virtua
- Penempah perlu menyemak dari semasa ke semasa samada bahan tersebut telah dikembalikan ke Perpustakaan.
- Bahan-bahan Perpustakaan yang telah ditempah akan disimpan selama satu minggu bermula dari tarikh bahan itu dikembalikan ke Perpustakaan. Selepas tempoh ini, bahan-bahan tersebut akan ditempatkan semula di rak-rak buku atau dipinjamkan kepada pengguna yang lain.
- Sekiranya buku yang sama ditempah oleh beberapa orang pengguna, keutamaan akan diberikan kepada penempah pertama. Tempoh pinjaman setiap penempah akan dihadkan selama satu minggu sahaja.
4. Buku-buku yang melewati tarikh / masa pemulangan
- Buku-buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan selewat-lewatnya pada tarikh pemulangan yang ditetapkan atau lebih awal daripada tarikh itu jika sekiranya buku tersebut dipanggil balik oleh Pustakawan.
- Adalah menjadi satu kesalahan jika pengguna tidak memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan. Perpustakaan akan menghantar notis melalui e-mel bagi pinjaman yang melewati tempoh. Perpustakaan tidak bertanggungjawab jika notis tersebut tidak sampai kepada pengguna atas apa-apa sebab sekalipun.
5. Denda
- Denda yang dikenakan kepada Ahli Perpustakaan yang lewat memulangkan buku adalah seperti berikut:-
- 20sen se-hari bagi setiap buah buku
- 20sen se-jam bagi setiap buah buku dari Koleksi Buku Bintik Merah / Koleksi Malaysiana / Koleksi Tesis / Laporan Projek.
6. Panggilan Balik
- Semua bahan Perpustakaan yang dipinjam oleh pengguna tertakluk kepada panggilan balik dari Perpustakaan dan hendaklah dipulangkan oleh pengguna sebaik sahaja menerima notis untuk berbuat demikian.
7. Kehilangan dan Kerosakan
- Pengguna adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan Perpustakaan yang dipinjam. Jika sesebuah bahan yang dipinjam tidak dapat dikesan atau hilang, laporan segera mestilah dibuat kepada Pustakawan di Bahagian Sirkulasi agar tindakan lanjut dapat diambil.
- Pengguna bertanggungjawab menggantikan bahan yang hilang / rosak semasa bahan dalam pinjaman mereka atau yang digunakan dalam Perpustakaan.
- Sekiranya bahan tersebut merupakan salah sebuah buku yang terdiri daripada satu set / siri, pengguna boleh dikehendaki membayar / mengganti keseluruhan set / siri tersebut.
- Buku-buku ganti mestilah dari edisi terbaharu dan berkulit keras kecuali jika kulit keras tiada dalam pasaran.
MENCURI ATAU MEROSAKKAN BAHAN-BAHAN PERPUSTAKAAN
- Digantung daripada menggunakan semua kemudahan Perpustakaan.
- Dikenakan bayaran denda.
- Diumumkan di semua papan kenyataan Universiti.
- Digantung daripada menggunakan semua kemudahan Universiti termasuk menghadiri kuliah-kuliah.
- Dipecat dari Universiti.
|