![]() |
![]() |
|
|
![]() |
||
|
|
Perkhidmatan Pinjaman Buku
Seseorang pelajar Ijazah dibenarkan meminjam 4 buah buku Koleksi Am dan Koleksi PJJ selama 3 minggu pada setiap masa.
Seseorang pelajar Siswazah dibenarkan meminjam 15
buah buku Koleksi Am dan Koleksi PJJ selama 30 hari.
Pelajar yang tinggal jauh dari kampus Serdang boleh membuat pinjaman dengan menghubungi:
Perkhidmatan PJJ Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan Telefon: 03-89468609 atau 03-89468620
Nama penuh pelajar, nombor matrik dan alamat
surat menyurat.
Bagi setiap buku yang ingin dipinjam: nama pengarang,
judul, nombor
panggilan. SILA SEMAK KATALOG PERPUSTAKAAN - VIRTUA Pelajar tidak perlu menghantar kad matrik bersama permohonan. Bayaran pos (pos laju) memulangkan buku akan ditanggung
oleh pelajar.
Pelajar yang lewat memulangkan buku pada tarikh yang dinyatakan dikenakan denda sebanyak 20 sen sehari bagi setiap buah buku. Buku-buku hendaklah dipulangkan sebaik sahaja peminjam selesai menggunakannya demi untuk menambahkan bilangan buku-buku yang boleh digunakan oleh pengguna yang lain. Buku-buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan selewat-lewatnya pada tarikh yang dicapkan di atas slip tarikh pemulangan atau lebih awal dari tarikh itu jika buku tersebut dipanggil balik oleh Pustakawan. Adalah menjadi kesalahan besar jika seseorang pengguna tidak memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan. Perpustakaan akan menghantar notis bagi pinjaman yang melewati masa tetapi tidak akan bertanggungjawab jika notis tersebut tidak sampai kepada pengguna atas apa-apa sebab sekali pun. Tarikh pemulangan buku dikira pada tarikh cop diterima oleh pejabat pos bagi buku yang dikirim melalui pos. Adalah dinasihatkan buku dipulangkan 3 hari lebih awal dari tarikh tempoh pemulangan buku
Sekiranya pelajar mempunyai kemusykilan atau inginkan maklumat lanjut mengenai pinjaman bahan, sila hubungi:
Perkhidmatan PJJ Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan Telefon: 03-89468609 atau 03-89468620
|
|
©Copyright 2002 Perpustakaan Sultan
Abdul Samad, |
|
|