PSAS Banner 1 PSAS Banner 2
 
english button

Program Pendidikan Pengguna

line image

Program Pendidikan Pengguna merupakan program tunjuk ajar dan panduan yang dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, Perpustakaan Sultan Abdul Samad bagi membolehkan pengguna mengenalpasti maklumat yang diperlukan dan penguasaan mereka dalam pencarian, penilaian dan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber dengan kaedah yang betul.

Pelajar, kakitangan akademik dan bukan akademik, pengguna baru dan pelawat juga boleh mendapatkan perkhidmatan yang disediakan ini.

Di antara kebaikan mengikuti program ini ialah:

  • Pengguna Perpustakaan akan diberi pendedahan mengenai cara menggunakan perkhidmatan, kemudahan dan koleksi perpustakaan dengan betul dan efektif.

  • Pengguna Perpustakaan dapat memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang relevan dan terkini dengan cekap dan berkesan.

  • Pengguna Perpustakaan berupaya mengenalpasti dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber bercetak dan elektronik serta menilai bahan dan sumber maklumat berkenaan.

  • Pengguna Perpustakaan mampu membina keyakinan diri dalam memperolehi ilmu dan maklumat untuk pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.

Pengguna Perpustakaan berupaya membina kemahiran literasi maklumat dalam bidang masing-masing sebagai persediaan dalam perubahan keperluan maklumat semasa. Program ini terbahagi kepada 3 kategori:

  1. SESI PENGENALAN PERPUSTAKAAN

    Kelas selama satu jam ini disediakan untuk semua mahasiswa baharu yang mendaftar di UPM. Kelas ini diadakan selama 2 minggu pada awal semester pertama tiap-tiap sesi pengambilan mahasiswa baharu bagi program asasi sains, diploma dan bachelor. Kandungan kelas ini meliputi taklimat mengenai koleksi, perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan.

  2. PERMOHONAN

    Program yang dijalankan secara berterusan dan ditawarkan kepada semua mahasiswa dan kakitangan UPM serta dikendalikan oleh Pustakawan Penghubung Fakulti dari Bahagian Pengurusan Maklumat. Modul-modul Pengajaran yang disediakan ialah:-

    • Strategi Pencari Maklumat

    • Katalog Perpustakaan

    • CDROM

    • Pangkalan Data / Jurnal Elektronik

    Huraian Modul

    Strategi Pencarian Maklumat

    Kelas Strategi Pencarian Maklumat merupakan sesi tunjuk ajar yang bertujuan untuk memberi panduan dan kemahiran kepada pelajar-pelajar tentang kaedah mencari maklumat di Perpustakaan secara lebih sistematik dan berkesan bagi penyediaan tugasan dan kertas projek tahun akhir.

    Di antara kandungan modul ini ialah:

    Mengenalpasti Topik; Pencarian Maklumat dari Pelbagai Sumber; Penilaian Maklumat dan Mendapatkan Teks Penuh; Menyenarai Rujukan Bibliografi Mengikut Format Yang Ditetapkan; Sesi Demonstrasi dan Amali (Pangkalan Data dan CD-ROM yang berkaitan).

    Katalog Perpustakaan

    Kelas Katalog Perpustakaan merupakan sesi tunjuk ajar yang bertujuan memberi panduan dan kemahiran kepada pengguna Perpustakaan mengesan bahan-bahan yang terdapat dalam koleksi Perpustakaan. Kelas ini membantu pengguna menyelesaikan persoalan seperti berikut:

    • Bagaimana mengakses Katalog Perpustakaan?

    • Bagaimana membuat pencarian bahan?

    • Bagaimana membuat tempahan bahan?

    • Bagaimana menyemak rekod aktiviti anda?

    • Bagaimana memperbaharui pinjaman secara dalam talian (online renewal)?

  3. BERJADUAL

    Program ini dijalankan secara berterusan dan ditawarkan kepada semua mahasiswa dan kakitangan UPM. Jadual mengenai program ini dipaparkan di papan kenyataan fakulti –fakulti dan di kolej-kolek kediaman serta dimasukkan dalam laman web Perpustakaan dan Buletin UPM. Modul kelas ini adalah sama seperti modul Permohonan.

Peringatan

Semua kelas akan diadakan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad (kecuali jika ada permintaan lain) dan dikendalikan secara berkumpulan. Permohonan boleh dibuat melalui pensyarah/penyelaras kursus/wakil kumpulan pelajar dengan mengisi Borang Permohonan yang boleh didapati di Bahagian Pengurusan Maklumat atau berhubung terus dengan Penghubung Fakulti bagi fakulti masing-masing.

Pengguna perpustakaan yang mengikuti kelas-kelas di bawah Program Pendidikan Pengguna ini diwajibkan mengisi Borang Penilaian Program Pendidikan Pengguna yang akan diedarkan di akhir sesi kelas supaya satu laporan keberkesanan kelas dapat dibuat selepas itu bagi tujuan memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang diberikan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Penyelaras Program di talian 03-8946 8655 / 03-8946 8620

Sila hantar sebarang komen kepada: hasla@lib.upm.edu.my