|
|
|
Keahlian Perpustakaan
1. Keahlian UPM
Semua pelajar dan kakitangan UPM adalah ahli Perpustakaan dan layak menggunakan perkhidmatan dan kemudahan PSAS yang tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan Perpustakaan.
Bagi kakitangan baru atau kali pertama menggunakan Perpustakaan, pelajar Program Eksekutif / Jarak Jauh dan yang membuat penggantian kad matrik / kakitangan, sila datang ke Kaunter 3, Bahagian Sirkulasi di Tingkat 1 Blok A, PSAS untuk pendaftaran keahlian anda.
Pegawai / Kakitangan UPM |
Kelayakan / Tempoh Pinjaman |
Pegawai Pengurusan & Profesional (Tetap) |
30 naskhah / 60 hari |
Pegawai Akademik : Pensyarah (Tetap) |
30 naskhah / 60 hari |
Pensyarah Kontrak / Tutor / Fellow Researcher / Profesor Pelawat (beserta Surat Jaminan / Akuan Fakulti / Jabatan) |
15 naskhah / 30 hari |
Pensyarah Sambilan, Pegawai Kontrak, Pegawai Sementara, Pembantu Penyelidik & jawatan seumpamanya. |
4 naskhah / 14 hari |
Anggota Bersekutu : Tenaga Pengajar Bersekutu, Penasihat Jabatan, Anggota Majlis & Pegawai Pinjaman UPM |
15 naskhah / 14 hari |
Pegawai Sokongan |
4 naskhah / 4 hari |
Pelajar |
Kelayakan / Tempoh Pinjaman |
Pelajar Ijazah Lanjutan / MBA / PhD / Fellow / Master GS / Master GM |
15 naskhah / 30 hari |
Pelajar Ijazah Lanjutan Pendidikan Jarak Jauh |
15 naskhah / 30 hari |
Pelajar Perubatan Klinikal (Bacelor / Doktor) |
10 naskhah / 30 hari |
Pelajar Ijazah (Bacelor) / Eksekutif |
6 naskhah / 14 hari |
Pelajar Diploma / Asasi Sains |
6 naskhah / 14 hari |
Pelajar Ijazah Pendidikan Jarak Jauh |
4 naskhah / 21 hari |
Pelajar Tanpa Ijazah (termasuk pelajar siswazah dari luar negara yang menjalani sebahagian daripada pengajian di UPM) |
4 naskhah / 14 hari |
Kursus Khas (Kursus Jangka Pendek) |
4 naskhah / 14 hari |
2. Keahlian Luar
Individu yang bukan pelajar atau bukan kakitangan UPM boleh menjadi ahli Perpustkaan dengan datang ke Kaunter 3, Tingkat 1 Blok A, PSAS pada waktu pejabat untuk urusan pendaftaran. Bayaran keanggotaan dan kelayakan pinjaman adalah seperti berikut :
Anggota Luar |
Kelayakan Pinjaman (Koleksi Am Sahaja) |
Bayaran Keahlian |
Keperluan Lain |
Pegawai Pengurusan & Profesional (Tetap) |
3 penama 2 naskhah x seorang / 14 hari |
Yuran Tahunan = RM1,000 Pendaftaran + Kad = RM30 |
Pengesahan Majikan |
Institusi Kerajaan |
3 penama 2 naskhah x seorang / 14 hari |
Yuran Tahunan = RM500 Pendaftaran + Kad = RM30 |
Pengesahan Ketua Jabatan |
Pegawai Kerajaan / Badan Berkanun |
2 naskhah / 14 hari |
Yuran Tahunan = RM75 Pendaftaran + Kad = RM10 |
1 keping gambar Pengesahan Ketua Jabatan |
Ahli Alumni |
2 naskhah / 14 hari |
Yuran Tahunan = RM75 Pendaftaran + Kad = RM10 |
1 keping gambar Kad Ahli / Surat Alumni UPM |
Pelajar IPTA |
2 naskhah / 14 hari |
Yuran Tahunan = RM200 Pendaftaran + Kad = RM10 |
1 keping gambar |
Pegawai Badan Swasta / Persendirian |
2 naskhah / 14 hari |
Yuran Tahunan = RM200 Pendaftaran + Kad = RM10 |
1 keping gambar |
Pelajar IPTS |
2 naskhah / 14 hari |
Yuran Tahunan = RM200 Pendaftaran + Kad = RM10 |
1 keping gambar Pengesahan Dekan / Pengetua Kolej |
Ahli Keluarga Staf Tetap UPM |
2 naskhah / 14 hari |
Percuma |
1 keping gambar Pengesahan Ketua Jabatan Staf UPM |
Pesara UPM |
2 naskhah / 14 hari |
Percuma |
1 keping gambar Pengesahan Ketua Jabatan |
PERINGATAN
- Semua ahli bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Perpustakaan sebarang pertukaran alamat atau kehilangan kad keahlian.
- Ahli perlu membayar denda bagi buku yang melewati tarikh dipulangkan / bertanggungjawab atas kehilangan / kerosakan buku dalam pinjamannya.
- Tempoh keahlian adalah selama setahun dan setiap ahli bertanggungjawab memperbaharui keahlian masing-masing. Perpustakaan akan menghantar notis peringatan dan keahlian akan dibatalkan sekiranya tiada maklum balas diterima selepas sebulam tamat tempoh keahlian tersebut.
- Yuran pendaftaran / keahlian tidak akan dikembalikan atas sebarang sebab sekalipun.
- Semua Ahli Luar Tidak Dibenarkan menggunakan perkhidmatan berikut :
- Perkhidmatan Pembekalan Dokumen
- Bilik Rujukan Elektronik
- Pangkalan Data Atas Talian (e-journal)
- Wireless Network
|