Laci Berkunci

1. Pelajar dan pegawai UPM yang berstatus aktif layak untuk menggunakan kemudahan laci berkunci.

2. Sewa bulanan laci berkunci adalah RM2.00. Permohonan penggunaan laci berkunci boleh dilakukan di Kaunter Sirkulasi, Aras 1, Blok A.

3. Barang atau makanan yang mudah rosak, basah, mengeluarkan bau,mudah terbakar dan merbahaya adalah dilarang disimpan di dalam laci berkunci.

4. Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan barang yang disimpan di dalam laci berkunci.

5. Pengguna bertanggungjawab ke atas barang yang disimpan di dalam laci berkunci. dengan memastikan tiada barangan peribadi yang berharga disimpan dalam laci berkunci.

6. Kunci laci hendaklah dipulangkan sebelum tarikh akhir sewa laci berkunci. (Denda RM10.00 akan dikenakan sekiranya menghilangkan atau merosakkan kunci laci berkunci).

7. Pengguna tidak dibenarkan meninggalkan barang persendirian di dalam laci berkunci dalam jangka waktu yang lama. Pegawai perpustakaan mempunyai kuasa untuk mengambil barang-barang tersebut.

8. Kegunaan laci berkunci tidak boleh dipindah milik. Kunci laci tidak dibenarkan diserahkan kepada pengguna lain.