Pengguna Perpustakaan adalah tertakluk kepada Perlembagaan UPM, Statut, Kaedah dan Peraturan yang dibuat di bawahnya, serta tertakluk kepada peraturan tatatertib di bawah Akta Badan-badan Berkanun (tatatertib dan surcaj) 2000, dan apa-apa peruntukan lain yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. Pengguna perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Perpustakaan bagi melindungi kepentingan bersama dan untuk membolehkan Perpustakaan menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.
â— Pengguna hendaklah berpakaian kemas dan bersopan ketika berada di Perpustakaan selaras dengan Etika Penampilan Pelajar UPM.
â— Pengguna hendaklah mempamerkan kad pelajar/kakitangan/ahli ketika memasuki Perpustakaan.
â— Makan, minum dan merokok adalah dilarang di dalam Perpustakaan.
â— Mencuri, mengoyak, menconteng dan merosakkan bahan Perpustakaan akan menyebabkan pengguna didenda.
â— Pengguna perlu memastikan telefon bimbit berada dalam mode senyap semasa berada di dalam Perpustakaan. Pengguna hanya dibenarkan membuat dan menerima panggilan telefon di ruang khas yang disediakan oleh Perpustakaan.
â— Pengguna Perpustakaan yang membuat salinan fotokopi adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa-apa perkara yang bersabit dan bertentangan dengan Akta Hakcipta 1987.
â— Pengguna tidak dibenarkan meninggalkan barang persendirian di ruang bacaan dalam jangka waktu yang lama. Pegawai Perpustakaan mempunyai kuasa untuk mengambil barang-barang tersebut.
â— Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kecurian atas barang-barang milik pengguna perpustakaan.
â— Payung, topi keledar dan sebagainya tidak boleh dibawa masuk ke dalam Perpustakaan.
â— Pengguna tidak dibenarkan menempah tempat duduk di ruang bacaan Perpustakaan. Kakitangan Perpustakaan berhak untuk mengalihkan barang yang ditinggalkan melebihi 30 minit.
â— Pengguna perlu bertanggungjawab ke atas
â— Pengguna tidak dibenarkan mengulang kaji, berbincang dan tidur di dalam surau Perpustakaan.
â— Pengguna tidak dibenarkan menggunakan mana-mana ruang Perpustakaan sebagai tempat tinggal atau tempat tidur.
â— Perbuatan tidak senonoh atau sumbang adalah dilarang sama sekali dilakukan di Perpustakaan. Pihak Perpustakaan berhak meminta pengguna yang dianggap berkelakuan sumbang / salah laku dan mengganggu ketenteraman perpustakaan supaya beredar dari Perpustakaan.
â— Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun tidak dibenarkan masuk ke Perpustakaan.
â— Perkhidmatan kaunter akan ditutup 15 minit sebelum Perpustakaan ditutup. Loceng isyarat akan dibunyikan dan semua pengguna dikehendaki meninggalkan Perpustakaan.
â— Pengguna dikehendaki menunjukkan semua buku/bahan-bahan yang dibawa keluar sekiranya diarahkan untuk pemeriksaan sebelum meninggalkan Perpustakaan.
â— Keahlian Perpustakaan tidak boleh dipindah milik. Adalah menjadi kesalahan menggunakan kad keahlian pengguna lain bagi sebarang urusan di Perpustakaan.
â— Pegawai Perpustakaan mempunyai kuasa untuk mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan Perpustakaan jika membuat bising dan mengganggu ketenteraman Perpustakaan.
â— Ketua Pustakawan mempunyai kuasa untuk menarik balik kemudahan Perpustakaan sekiranya peraturan-peraturan di atas tidak dipatuhi.
â— Ketua Pustakawan mempunyai kuasa untuk meminda Peraturan Perpustakaan dari semasa ke semasa.
* Seseorang pelajar tidak boleh melanggar apa-apa arahan atau kehendak Pustakawan Universiti, kakitangan perpustakaan atau pekerja lain perpustakaan berkenaan dengan penggunaan perpustakaan, buku-buku perpustakaan dan kemudahan lain di dalam perpustakaan [AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA] (TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR) 2005 |