Keahlian Perpustakaan

1. KEAHLIAN KAKITANGAN DAN PELAJAR UPM

Semua kakitangan dan pelajar UPM secara automatik adalah ahli perpustakaan dan urusan berkaitan rekod keahlian boleh dilakukan di Kaunter Sirkulasi. Kakitangan baharu, pelajar Program Eksekutif dan Pembelajaran Jarak Jauh dikehendaki untuk mendaftar keahlian di Bahagian Perkhidmatan Pengguna.
 
2. KEAHLIAN LUAR PERPUSTAKAAN

Individu yang bukan pelajar atau kakitangan UPM boleh memohon untuk menjadi ahli perpustakaan di Bahagian Perkhidmatan Pengguna pada waktu pejabat atau menggunakan borang permohonan keahlian secara dalam talian.

ANGGOTA LUAR BAYARAN KEAHLIAN KEPERLUAN LAIN

Pegawai UA / Pelajar UA / Pegawai Kerajaan /Badan Berkanun / Alumni UPM

Yuran Tahunan = RM100.00
Pendaftaran + kad = RM10.00
  • 1 keping gambar
  • Kad staf / pelajar / Pengesahan Dekan /Ketua Jabatan
  • Kad Ahli Alumni / Surat Alumni UPM
Pegawai IPTS / Pelajar IPTS Yuran Tahunan = RM300.00
Pendaftaran + kad = RM30.00
  • 1 keping gambar
  • Kad staf / pelajar
  • Surat Pengesahan Dekan / Ketua Jabatan/Majikan
Pegawai Swasta / Pegawai Korporat Yuran Tahunan = RM500.00
Pendaftaran + kad = RM30.00
Ahli Keluarga Kakitangan Tetap UPM

PERCUMA
Keahlian TIDAK PERLU diperbaharui

  • 1 keping gambar
  • Pengesahan Dekan / Ketua Jabatan
Pesara UPM
Ahli Harian Yuran Tahunan = Tiada
Pendaftaran + kad = RM20.00 / Hari
** Daftar di Kaunter Sirkulasi

 

Nota Kelayakan Perkhidmatan & Kemudahan Ahli Luar Berdaftar :

  1. Rujukan di SEMUA Koleksi Bercetak * (kecuali koleksi Tesis 2 tahun terkini (embargo).
  2. Kemudahan komputer hanya dibenarkan di Bilik Rujukan Elektronik (BRE) sahaja. Ia bergantung kepada kekosongan dan tempoh penggunaan adalah 2 jam sahaja.
  3. Perkhidmatan Internet Tanpa Wayar (WiFi), EzAccess & Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (PPD) TIDAK DITAWARKAN.

 

 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan keahlian, sila hubungi talian 03-9769 8635 atau emel psasrequest@upm.edu.my