HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Perkhidmatan Pinjaman dan Pemulangan

PINJAMAN

1. Koleksi Am

Buku daripada Koleksi Am boleh dipinjam melalui Kaunter Perkhidmatan Pengguna atau menggunakan mesin pinjaman layan diri. Peraturan peminjaman mengikut kategori pengguna adalah seperti berikut: -

PEGAWAI / KAKITANGAN UPM

KELAYAKAN / TEMPOH PINJAMAN

Pegawai Pengurusan & Professional (Tetap) 30 naskhah / 60 hari
Pegawai Akademik: Pensyarah Tetap 30 naskhah  / 60 hari
Pensyarah Kontrak / Tutor 10 naskhah / 30 hari
Pegawai Pelaksana  6 naskhah / 14 hari
Pensyarah Sambilan, Pegawai Kontrak, Pegawai Sokongan Sementara (Lantikan melebihi setahun), Pembantu Penyelidik & jawatan seumpamanya. 4 naskhah / 14 hari

 

PELAJAR

KELAYAKAN / TEMPOH PINJAMAN

Pelajar Ijazah Lanjutan (Master / PhD) 20 naskhah / 30 hari
Pelajar Perubatan Klinikal / Veterinar 10  naskhah / 30 hari
Pelajar Ijazah 10 naskhah / 14 hari
Pelajar Diploma / Asasi Sains 6 naskhah / 14 hari
Pelajar Ijazah (Pendidikan Jarak Jauh) 10 naskhah / 30 hari
Pelajar tanpa Ijazah (termasuk pelajar-pelajar siswazah dari luar negera yang menjalani sebahagian daripada pengajian di UPM) 4 naskhah / 14 hari
Kursus Khas :
Kursus Jangka Pendek – melebihi tempoh 6 bulan)
Kursus Jangka Pendek - kurang tempoh 6 bulan (perlu mendapatkan surat pengesahan ”clearance” daripada fakulti
2 naskhah / 14 hari

 

AHLI LUAR BERDAFTAR

KELAYAKAN / TEMPOH PINJAMAN

Pegawai UA / Pelajar UA (IP) / Pegawai Kerajaan / Badan Berkanun (AL) / Alumni UPM (AM) 2 naskhah / 14 Hari
Pegawai IPTS  /  Pelajar IPTS 2 naskhah / 14 Hari
Pegawai Swasta / Pegawai Korporat 2 naskhah / 14 Hari
Ahli Keluarga Kakitangan Tetap UPM 2 naskhah  / 14 Hari
Pesara UPM 4 naskhah / 14 hari

 

2. Koleksi Terbitan Bersiri

Koleksi Terbitan Bersiri adalah untuk rujukan di Perpustakaan sahaja.


3. Koleksi Rujukan

Koleksi Rujukan adalah untuk rujukan di Perpustakaan sahaja. Walau bagaimanapun atas dasar budi bicara, pegawai akademik boleh memohon untuk meminjam bahan Koleksi Rujukan daripada pustakawan di Bahagian Perkhidmatan Pengguna.


4. Koleksi Buku Berbintik Merah

Pengguna boleh meminjam satu buku sahaja selama 1 hari.

 

5. Bahan Media

Semua bahan Media digunakan di dalam Perpustakaan sahaja. Walaubagaimanapun atas dasar budi bicara, pegawai akademik boleh memohon untuk meminjam bahan audio-visual/media daripada pustakawan di Bahagian Media, Arkib dan Pemuliharaan.

 

6. Koleksi Tesis / Laporan Projek

Tesis / laporan projek boleh dipinjam untuk rujukan dalam Koleksi Khas selama 4 jam dan tidak dibenarkan untuk dibawa keluar dari perpustakaan. Salinan foto tidak dibenarkan melainkan jika mendapat kebenaran secara bertulis daripada pengarang.

 

7. Koleksi Pertanian Malaysia

Koleksi Pertanian Malaysia adalah untuk rujukan di Perpustakaan sahaja. Walau bagaimanapun atas dasar budi bicara, pengguna boleh memohon untuk meminjam bahan Koleksi Khas daripada pustakawan di Bahagian Sumber Pertanian Malaysia.

 

PEMBAHARUAN PINJAMAN

Pembaharuan boleh dibuat jika bahan tidak ditempah atau dipinjam oleh pengguna yang lain. Pembaharuan boleh dilakukan secara dalam talian melalui KOHA WebOpac. Bahan hanya boleh diperbaharui sebanyak dua (2) kali sahaja.


TEMPAHAN BAHAN

Pengguna perpustakaan boleh menempah bahan yang telah dipinjam oleh pengguna lain. Tempahan bahan boleh dibuat jika jumlah pinjaman belum mencapai kelayakan maksima, tiada denda dan rekod patron tidak dikenakan sekatan. Setelah bahan dipulangkan peminjam, bahan yang ditempah akan disimpan selama 7 hari sahaja. Selepas itu ia akan diberikan kepada orang yang seterusnya dalam senarai tempahan atau dikembalikan ke rak.