Pembekalan Dokumen


MAKLUMAT UMUM

Perkhidmatan Pembekalan Dokumen membantu pengguna (ahli PSAS) mendapatkan bahan yang tiada di dalam koleksi perpustakaan melalui kerjasama antara perpustakaan sama ada dari dalam mahupun luar negara. Permohonan hanya dibenarkan untuk tujuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan sahaja. Semua permohonan perlu mematuhi serta tertakluk kepada Akta Hak Cipta. Perkhidmatan ini disediakan untuk (ahli berdaftar) :-

1. Ahli akademik UPM

2. Pelajar UPM

3. Pemegang kad Kakitangan UPM


Keahlian Luar, Ahli Alumni, dan lain-lain individu perlu memohon melalui perpustakaan masing-masing.

Bahan yang boleh dimohon:-

1. Bahan yang tiada di dalam koleksi PSAS

2. Bahan PSAS yang telah dipinjam

3. Bahan hilang dari koleksi PSAS

4. Bahan rosak yang tidak dibenarkan untuk pinjaman

 

Bahan yang tidak boleh dimohon :-

1. Bahan yang terdapat di dalam koleksi PSAS.

2. Bahan berstatus "non-circulating" termasuk bahan rujukan, microform dan lain-lain.

3. Bahan berstatus "on reserve" untuk sesuatu kursus

 

Bahan yang sukar diperolehi:-

Keseluruhan jilid atau keluaran sesuatu jurnal tidak boleh dipinjam; hanya salinan foto artikel boleh dibekalkan melalui perkhidmatan ini. Setiap artikel perlu dimohon berasingan.

Bahan pandang-dengar kebiasaannya tidak boleh dipinjam.

Tesis/laporan projek tidak boleh dipinjam. Walaubagaimanapun, salinan tesis boleh diperoleh melalui pembelian daripada Proquest Digital Dissertation atau Universiti-universiti Luar Negara.

Bahan dari Koleksi Khas atau bahan rosak kebiasaannya tidak boleh dipinjam.

 

Bagaimana untuk meminjam?

Sila semak Katalog KOHA WebOPAC dan Pangkalan Data Langganan Atas Talian PSAS sebelum membuat permohonan untuk memastikan bahan tiada dalam koleksi PSAS.

Isi borang PPD secara atas talian melalui URL berikut : BORANG PERKHIDMATAN PEMBEKALAN DOKUMEN. ** [Untuk makluman borang hanya boleh diakases menggunakan Emel UPM sahaja.]

Sekiranya anda dapat kenal pasti di mana bahan boleh dikesan, sila nyatakan di dalam borang (untuk mempercepatkan proses). Sila semak katalog Perpustakaan Lain di Malaysia.

Sila ambil perhatian bahawa dalam kes-kes tertentu permohonan anda tidak boleh dibatalkan, terutama permohonan yang dihantar ke British Library. Sehubungan itu, sila pastikan bahan yang dimohon benar-benar diperlukan.

 

Tanggungjawab Peminjam

Pemohon perlu menghormati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh institusi pembekal bagi memastikan kerjasama antara perpustakaan dapat dikekalkan.

Simpan semua maklumat pinjaman anda. Pastikan anda mengambil dan memulangkan bahan yang dipinjam dengan segera (Pinjaman buku dibenarkan selama 2 minggu, tetapi sila kembalikan 5 hari sebelum tempoh pinjaman tamat)

Pemohon bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan bahan yang dipinjam. SIla laporkan dengan segera sekiranya bahan didapati rosak. Kadar denda akan ditentukan oleh perpustakaan pembekal.

Sila ambil perhatian bahawa semua bayaran akan dikenakan walaupun bahan tidak dituntut selepas pemberitahuan dibuat.

 

Berapa lama bahan dapat dibekalkan?

Kebiasaannya permohonan akan dibekalkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas tarikh permohonan, namun bahan yang sukar diperolehi akan mengambil masa yang lebih lama. Penghantaran bahan adalah tertakluk dengan peraturan perpustakaan pembekal, ketersediaan bahan dan kaedah penghantaran. Sila pastikan anda memberi tempoh yang mencukupi untuk bahan dibekalkan.

Pemohon akan dihubungi melalui e-mel apabila bahan telah diterima oleh Perpustakaan.

Bahan boleh diambil di Kaunter Perkhidmatan Pengguna.

 

Kadar bayaran :-

Sebarang bayaran perlu ditanggung oleh pemohon. Kadar bayaran adalah berbeza dari semasa ke semasa dan ditentukan oleh perpustakaan pembekal. Walau bagaimanapun pinjaman buku dari dalam negara adalah percuma.

Bayaran perlu dijelaskan semasa bahan diambil sama ada secara tunai atau melalui geran penyelidikan atau fakulti (Pindahan bayaran perlu mendapat pengesahan Ketua Jabatan/Dekan)

 

PERKHIDMATAN PEMBEKALAN DOKUMEN UNTUK BUKAN AHLI PSAS

Perpustakaan juga menawarkan perkhidmatan ini kepada institusi lain.

Bagi individu yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini, sila hubungi perpustakaan institusi anda. Sila semak katalog PSAS KOHA WebOPAC untuk mendapatkan maklumat bahan yang diperlukan.

Sila hantar permohonan melalui emel : pap@upm.edu.my


Untuk maklumat lanjut,sila hubungi :-

Noor Syafini Zamani

Pustakawan Kanan
Perkhidmatan Pembekalan Dokumen
Perpustakaan Sultan Abdul Samad
43400 UPM Serdang
Tel : 03-9769 8635
Faks: 03-9769 4747
E-mel : syafini@upm.edu.my