Penelitian Maklumat

Perkhidmatan Penelitian Maklumat merupakan perkhidmatan berbayar yang disediakan oleh Bahagian Rujukan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) untuk membantu pengguna perpustakaan mendapatkan maklumat bagi menjalankan projek penyelidikan, penulisan ilmiah, kertas kerja atau kerja kursus. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua pelajar dan staf UPM termasuk ahli/ pengguna luar UPM (persendirian / kakitangan kerajaan / kakitangan swasta).

Bahan yang diperolehi adalah daripada pelbagai sumber maklumat elektronik seperti pangkalan data atas talian dan internet. Hasil penelitian adalah berbentuk teks penuh artikel jurnal, bab dalam buku, senarai rujukan dan abstrak.

 

Fazlin Bt Shamsudin
Bahagian Rujukan
Perpustakaan Sultan Abdul Samad
43400 UPM Serdang
Tel : 03-9769 7947
Emel: psas_ppm@upm.edu.my