Bilik Karel

KELAYAKAN PENGGUNAAN BILIK KAREL

Pengguna yang layak menggunakan kemudahan bilik karel adalah :
• Pegawai Akademik
• Pelajar Ijazah Lanjutan

PERATURAN PENGGUNAAN BILIK KAREL

1. Setiap bilik karel adalah untuk kegunaan seorang pengguna sahaja.
2. Kunci bilik hendaklah dipulangkan 5 minit sebelum waktu penggunaan tamat. Permohonan lanjutan tempoh dibenarkan sekiranya tiada tempahan oleh pengguna lain. (denda RM80.00 akan dikenakan sekiranya menghilangkan kunci bilik).
3. Sila padam lampu dan kunci pintu apabila selesai menggunakan bilik.
4. Hak penggunaan bilik karel akan dibatalkan jika anda meninggalkan premis Perpustakaan melebihi tempoh 1 jam.
5. Pengguna tidak dibenarkan menampal sebarang kertas atau notis di dinding / pintu bilik karel.
6. Pengguna tidak dibenarkan meninggalkan buku / bahan perpustakaan / barang peribadi (seperti komputer riba) di dalam bilik karel.
7. Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan buku / barang yang ditinggalkan di dalam bilik karel.
8. Sebarang kerosakan pada kelengkapan bilik karel hendaklah dilaporkan kepada staf bertugas di Kaunter Sirkulasi, A.
9. Staf perpustakaan berhak membuat pemeriksaan bilik karel dari semasa ke semasa.
10. Makanan dan minuman TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke dalam Bilik Karel.
11. Semua Peraturan-peraturan Am Perpustakaan mesti dipatuhi. Jika pengguna didapati menyalahgunakan bilik karel atau tidak mematuhi mana–mana peraturan di atas, kemudahan ini akan ditarik balik.