Pinjaman/Pemulangan

1. PERATURAN PINJAMAN / PEMULANGAN

  • Peminjam dikehendaki menunjukkan kad ahli / kakitangan / matrik apabila meminjam bahan perpustakaan.
  • Sebarang bahan perpustakaan tidak dibenarkan keluar dari perpustakaan sebelum ia direkodkan oleh Pegawai Perpustakaan.
  • Bahan perpustakaan yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada atau sebelum tarikh / masa yang ditetapkan.
  • Pengguna hendaklah memastikan bahawa rekod bagi buku yang dipulangkan telah dibatalkan sebelum meninggalkan Kaunter Sirkulasi.
  • Tempoh meminjam buku ialah mengikut kelayakan pinjaman pengguna. Walau bagaimanapun, perpustakaan boleh menetapkan tempoh pinjaman yang berbeza mengikut jenis bahan.
  • Semua pengguna dikehendaki memulangkan semua bahan pinjaman yang melampaui tarikh pemulangan dan membayar semua denda sebelum mereka dibenarkan membuat pinjaman seterusnya.
  • Pinjaman bagi pihak pengguna lain / menggunakan kad pengguna lain tidak dibenarkan.


2. MEMPERBAHARUI PINJAMAN

  • Bahan perpustakaan yang dipinjam boleh diperbaharui tempoh pinjamannya kecuali jika bahan tersebut telah ditempah oleh pengguna lain.
  • Pinjaman boleh diperbaharui di Kaunter Sirkulasi atau secara dalam talian melalui katalog perpustakaan KOHA WebOPAC (pembaharuan secara dalam talian hanya boleh dilakukan sebanyak 2 kali sahaja).


3. TEMPAHAN BAHAN

  • Pengguna boleh membuat tempahan sekiranya bahan perpustakaan yang diperlukan telah dipinjam oleh pengguna lain.
  • Tempahan bahan boleh dibuat secara dalam talian melalui katalog perpustakaan KOHA WebOPAC.
  • Penempah perlu menyemak dari semasa ke semasa samada bahan tersebut telah dikembalikan ke perpustakaan. Semakan boleh dilakukan melalui katalog perpustakaan (OPAC) - Patron Access. Bahan perpustakaan yang telah ditempah akan disimpan selama 7 hari bermula dari tarikh bahan itu dikembalikan ke perpustakaan. Bahan tempahan boleh diambil di kaunter Sirkulasi dengan memberi maklumat nombor panggilan atau tajuk bahan. Selepas tempoh ini, bahan tersebut akan ditempatkan semula di rak buku atau dipinjamkan kepada pengguna yang lain.
  • Sekiranya buku yang sama ditempah oleh beberapa orang pengguna, keutamaan akan diberikan kepada penempah pertama.


4. BUKU YANG MELEWATI TARIKH / MASA PEMULANGAN

  • Buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan selewat-lewatnya pada tarikh pemulangan yang telah ditetapkan atau lebih awal daripada tarikh itu sekiranya buku tersebut dipanggil balik oleh pustakawan.
  • Adalah menjadi satu kesalahan jika pengguna tidak memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan. Perpustakaan akan menghantar notis melalui e-mel bagi pinjaman yang melewati tempoh. Perpustakaan tidak bertanggungjawab jika notis tersebut tidak sampai kepada pengguna atas apa-apa sebab sekalipun.


5. DENDA

Denda yang dikenakan kepada ahli perpustakaan yang lewat memulangkan buku adalah seperti berikut :

  • 20 sen bagi satu hari untuk sebuah buku
  • 20 sen bagi sejam untuk setiap buku dari Koleksi Buku Berbintik Merah / Koleksi Pertanian Malaysia / Koleksi Tesis / Koleksi laporan Projek


6. PANGGILAN BALIK

Semua bahan perpustakaan yang dipinjam oleh pengguna tertakhluk kepada panggilan balik dari perpustakaan dan hendaklah dipulangkan oleh pengguna sebaik sahaja menerima notis untuk berbuat demikian.


7. KEHILANGAN DAN KEROSAKAN

  • Pengguna adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan perpustakaan yang dipinjam. Jika sesebuah bahan yang dipinjam tidak dapat dikesan atau hilang, laporan segera mestilah dibuat di Kaunter Sirkulasi, Bahagian Perkhidmatan Pengguna agar tindakan lanjut dapat diambil.
  • Pengguna akan bertanggungjawab membayar atau menggantikan bahan yang hilang / rosak semasa bahan dalam pinjaman mereka atau yang digunakan dalam perpustakaan
  • Sekiranya bahan tersebut terdiri daripada satu set / siri, pengguna dikehendaki membayar / mengganti keseluruhan set / siri tersebut.
  • Bahan hilang atau rosak yang dibuat pembayaran perlu mengikut harga pasaran berserta bayaran perkhidmatan atau mengganti buku dari edisi terbaharu dan berkulit keras (jika ada) berserta bayaran perkhidmatan.


8. MENCURI ATAU MEROSAKKAN BAHAN PERPUSTAKAAN

  • Digantung daripada menggunakan semua kemudahan perpustakaan
  • Dikenakan bayaran denda