PINJAMAN
1. Koleksi Am
Buku daripada Koleksi Am boleh dipinjam melalui Kaunter Perkhidmatan Pengguna atau menggunakan mesin pinjaman layan diri. Peraturan peminjaman mengikut kategori pengguna adalah seperti berikut: -
PEGAWAI / KAKITANGAN UPM |
KELAYAKAN / TEMPOH PINJAMAN |
Pegawai Pengurusan & Professional (Tetap) | 30 naskhah / 60 hari |
Pegawai Akademik: Pensyarah Tetap | 30 naskhah / 60 hari |
Pensyarah Kontrak / Tutor | 10 naskhah / 30 hari |
Pegawai Pelaksana | 6 naskhah / 14 hari |
Pensyarah Sambilan, Pegawai Kontrak, Pegawai Sokongan Sementara (Lantikan melebihi setahun), Pembantu Penyelidik & jawatan seumpamanya. | 4 naskhah / 14 hari |
PELAJAR |
KELAYAKAN / TEMPOH PINJAMAN |
Pelajar Ijazah Lanjutan (Master / PhD) | 20 naskhah / 30 hari |
Pelajar Perubatan Klinikal / Veterinar | 10 naskhah / 30 hari |
Pelajar Ijazah | 10 naskhah / 14 hari |
Pelajar Diploma / Asasi Sains | 6 naskhah / 14 hari |
Pelajar Ijazah (Pendidikan Jarak Jauh) | 10 naskhah / 30 hari |
Pelajar tanpa Ijazah (termasuk pelajar-pelajar siswazah dari luar negera yang menjalani sebahagian daripada pengajian di UPM) | 4 naskhah / 14 hari |
Kursus Khas : Kursus Jangka Pendek – melebihi tempoh 6 bulan) Kursus Jangka Pendek - kurang tempoh 6 bulan (perlu mendapatkan surat pengesahan ”clearance” daripada fakulti |
2 naskhah / 14 hari |
AHLI LUAR BERDAFTAR |
KELAYAKAN / TEMPOH PINJAMAN |
Pegawai UA / Pelajar UA (IP) / Pegawai Kerajaan / Badan Berkanun (AL) / Alumni UPM (AM) | 2 naskhah / 14 Hari |
Pegawai IPTS / Pelajar IPTS | 2 naskhah / 14 Hari |
Pegawai Swasta / Pegawai Korporat | 2 naskhah / 14 Hari |
Ahli Keluarga Kakitangan Tetap UPM | 2 naskhah / 14 Hari |
Pesara UPM | 4 naskhah / 14 hari |
2. Koleksi Terbitan Bersiri
Koleksi Terbitan Bersiri adalah untuk rujukan di Perpustakaan sahaja.
3. Koleksi Rujukan
Koleksi Rujukan adalah untuk rujukan di Perpustakaan sahaja. Walau bagaimanapun atas dasar budi bicara, pegawai akademik boleh memohon untuk meminjam bahan Koleksi Rujukan daripada pustakawan di Bahagian Perkhidmatan Pengguna.
4. Koleksi Buku Berbintik Merah
Pengguna boleh meminjam satu buku sahaja selama 1 hari.
5. Bahan Media
Semua bahan Media digunakan di dalam Perpustakaan sahaja. Walaubagaimanapun atas dasar budi bicara, pegawai akademik boleh memohon untuk meminjam bahan audio-visual/media daripada pustakawan di Bahagian Media, Arkib dan Pemuliharaan.
6. Koleksi Tesis / Laporan Projek
Tesis / laporan projek boleh dipinjam untuk rujukan dalam Koleksi Khas selama 4 jam dan tidak dibenarkan untuk dibawa keluar dari perpustakaan. Salinan foto tidak dibenarkan melainkan jika mendapat kebenaran secara bertulis daripada pengarang.
7. Koleksi Pertanian Malaysia
Koleksi Pertanian Malaysia adalah untuk rujukan di Perpustakaan sahaja. Walau bagaimanapun atas dasar budi bicara, pengguna boleh memohon untuk meminjam bahan Koleksi Khas daripada pustakawan di Bahagian Sumber Pertanian Malaysia.
PEMBAHARUAN PINJAMAN
Pembaharuan boleh dibuat jika bahan tidak ditempah atau dipinjam oleh pengguna yang lain. Pembaharuan boleh dilakukan secara dalam talian melalui KOHA WebOpac. Bahan hanya boleh diperbaharui sebanyak dua (2) kali sahaja.
TEMPAHAN BAHAN
Pengguna perpustakaan boleh menempah bahan yang telah dipinjam oleh pengguna lain. Tempahan bahan boleh dibuat jika jumlah pinjaman belum mencapai kelayakan maksima, tiada denda dan rekod patron tidak dikenakan sekatan. Setelah bahan dipulangkan peminjam, bahan yang ditempah akan disimpan selama 7 hari sahaja. Selepas itu ia akan diberikan kepada orang yang seterusnya dalam senarai tempahan atau dikembalikan ke rak.