Perpustakaan Sultan Abdul Samad akan mengadakan Program Literasi Maklumat : Sesi Pengenalan Perpustakaan khusus untuk pelajar pra-siswazah baharu sesi 2015/2016 mulai 7 hingga 22 September 2015 di Perpustakaan Sultan Abdul Samad.
Pelajar dijemput menghadiri 2 sesi kelas iaitu:
- a. Sesi Pengenalan Perpustakaan – penerangan mengenai koleksi, perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan
- b. Kelas WEBOPAC – tunjuk ajar kaedah pencarian buku menggunakan Katalog Atas Talian perpustakaan. (klik untuk Modul WEBOPAC)
Sila rujuk JADUAL di lampiran atau di laman web Perpustakaan (http://www.lib.upm.edu.my/)
Kehadiran pelajar akan diberi mata merit.