Koleksi Perpustakaan

Perpustakaan mempunyai pelbagai koleksi yang boleh dipinjam keluar atau digunakan untuk rujukan di dalam Perpustakaan sahaja. Berikut adalah penerangan terperinci tentang koleksi-koleksi tersebut. Sila log masuk ke Web OPAC untuk mendapatkan akses kepada koleksi perpustakaan.

1. KOLEKSI AM (MAIN LIBRARY)

Terdiri daripada buku-buku teks, prosiding, laporan dan lain-lain dalam pelbagai bidang perkara.
Koleksi boleh dipinjam keluar dari perpustakaan.

Lokasi : Perpustakaan Sultan Abdul Samad - Blok A, Aras 2 | Perpustakaan Kampus Bintulu - Aras 1

2. KOLEKSI RUJUKAN (MAIN REFERENCE)
Terdiri daripada kamus,ensiklopedia, buku panduan, almanak, atlas, istilah, glosari, direktori dan laporan perangkaan.
Mempunyai simbol 'r' di atas nombor panggilannya.
Koleksi adalah untuk rujukan di dalam perpustakaan sahaja.
Lokasi : Perpustakaan Sultan Abdul Samad - Blok A - Aras 1

3. KOLEKSI BAHAN PANDANG DENGAR
Terdiri daripada pelbagai bahan pandang dengar seperti filem, peta video, kaset, cakera padat, mikrofilem dan lain-lain.
Mempunyai simbol 'bpd' di atas nombor panggilannya.
Koleksi adalah untuk rujukan di dalam perpustakaan sahaja.
Lokasi : Perpustakaan Sultan Abdul Samad - Blok A, Aras Bawah

4. KOLEKSI TERBITAN BERSIRI

4.1 Terbitan Bersiri Kini

Mempamerkan jurnal-jurnal terbaru/terkini yang diterima oleh perpustakaan
Mempunyai simbol 'btb' di atas nombor panggilannya.
Lokasi : Perpustakaan Sultan Abdul Samad - Blok B

4.2 Terbitan Bersiri Kebelakangan
Mengandungi jurnal-jurnal yang belum berjilid
Sila dapatkan 'nombor kk' (nombor susunan) jurnal yang diperlukan daripada Katalog Perpustakaan sebelum memohon bahan di Kaunter Sirkulasi BTB
Lokasi : Perpustakaan Sultan Abdul Samad - Blok B, Aras 1


4.3 Terbitan Bersiri Berjilid
Mengandungi jurnal-jurnal yang telah dijilid serta laporan dari institusi tempatan dan luar negeri
Mempunyai simbol 'btb' di atas nombor panggilannya
Koleksi adalah untuk rujukan di dalam perpustakaan sahaja
Lokasi : Blok B, Aras Bawah

5. KOLEKSI KHAS

Lokasi : Aras 2, Blok B, Perpustakaan Sultan Abdul Samad

5.1 Koleksi Malaysiana

Koleksi ini mengandungi bahan-bahan dalam bidang pertanian Malaysia dan yang berkaitan dengannya. Bahan ini diterbitkan di dalam atau luar Malaysia tanpa mengira tahun terbitan. Bahan dalam bidang pertanian secara umum yang dihasilkan/diterbitkan oleh agensi kerajaan/warganegara Malaysia juga ditempatkan di koleksi ini.

Koleksi Malaysiana ini hanya menempatkan penerbitan seperti buku, siri monograf, kertas kerja persidangan/seminar, perangkaan dan laporan tahunan. Koleksi ini mempunyai simbol "mal" di atas nombor panggilannya dan boleh dirujuk selama 2 jam.

5.2 Koleksi Tesis 

Koleksi tesis terdiri daripada tesis dan disertasi serta laporan projek yang dihasilkan oleh pelajar program pasca siswazah (master dan Ph. D) di Universiti Putra Malaysia. Tesis dan disertasi yang diperolehi oleh pegawai akademik dan bukan akademik Universiti Putra Malaysia dari institusi pengajian tinggi dalam atau luar negara juga ditempatkan di koleksi ini. Bahan di koleksi ini mempunyai simbol “t” di atas nombor panggilannya dan hanya boleh dirujuk selama 2 jam.

5.3 Koleksi Laporan Projek

Koleksi ini merupakan hasil kajian pelajar tahun akhir program pra-siswazah di Universiti Putra Malaysia dan koleksi lima tahun terkini sahaja ditempatkan di sini. Bahan di koleksi ini mempunyai simbol “lp” di atas nombor panggilannya dan hanya boleh dirujuk selama 2 jam.

5.4 Koleksi Prof. Chin

Koleksi sumbangan Prof. Dr. Chin Hoong Fong (bekas pensyarah Fakulti Pertanian, UPM) merangkumi bidang pertanian, botani dan pemuliharaan sumber genetik tumbuh-tumbuhan, khususnya dalam bidang teknologi biji benih.

Bahan di koleksi ini mempunyai simbol "kchf" di atas nombor panggilannya dan hanya boleh dirujuk selama 2 jam.

5.5 Koleksi Buku Berbintik Merah

Koleksi buku berbintik merah mengandungi bahan-bahan yang terdapat dalam senarai bacaan dan buku-buku teks yang dicadangkan oleh pensyarah bagi kursus-kursus yang ditawarkan di Universiti Putra Malaysia.

Bahan di koleksi ini ditandakan bintik merah di atas nombor panggilannya dan boleh dirujuk selama 2 jam atau dipinjam semalaman.

5.6 Koleksi Pendidikan Jarak Jauh

Koleksi yang menempatkan modul pembelajaran (nota kuliah) bagi Program Jarak Jauh, Universiti Putra Malaysia yang diterbitkan dan dicetak oleh Pusat Pendidikan Luar, UPM atau dulu dikenali sebagai Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (IDEAL), UPM. Bahan di koleksi ini mempunyai simbol "pjj" di atas nombor panggilannya dan boleh dipinjam oleh pelajar PJJ sahaja.

5.7 Koleksi Laporan Syarikat

Koleksi ini terdiri daripada laporan syarikat swasta di Malaysia yang mengandungi maklumat profil syarikat laporan tahunan dan laporan kewangan.Bahan di koleksi ini mempunyai simbol "ls" di atas nombor panggilannya dan hanya boleh dirujuk di Bilik Koleksi Khas selama 2 jam.

5.8 Koleksi Penerbitan Pegawai UPM

Koleksi ini meliputi penerbitan pegawai akademik dan bukan akademik UPM yang terdiri daripada kertas kerja persidangan/seminar yang telah diterbitkan atau dibentangkan di dalam dan luar negara. Koleksi ini ditempatkan di Bahagian Koleksi Khas dan hanya boleh dirujuk selama 2 jam.

5.9 Koleksi Terhad

Mengandungi bahan-bahan yang diisytiharkan haram untuk edaran kepada orang ramai oleh kerajaan Malaysia. Bahan di koleksi ini ditempatkan di Bahagian Koleksi Khas dan mempunyai simbol "thd" di atas nombor panggilannya. Pengguna yang membawa surat kebenaran dari Ketua Jabatan sahaja dibenarkan merujuk bahan tersebut selama 2 jam.

6. KOLEKSI PANGKALAN DATA ELEKTRONIK

Terdiri daripada pangkalan data atas talian dalam pelbagai bidang.

Mengandungi teks penuh atau abstrak artikel-artikel daripada jurnal dan lain-lain dokumen untuk kegunaan  penyelidikan dan pembelajaran
Pangkalan data atas talian boleh diakses dalam kawasan kampus melalui laman web Perpustakaan atau melalui EZproxy sekiranya berada di luar kampus UPM.

7. KOLEKSI BIBILIOGRAFI (MAIN-BIBLIOGRAPHY)

Terdiri daripada bibliografi, abstrak dan indeks
Mempunyai simbol 'b' di atas nombor panggilannya
Koleksi adalah untuk rujukan di dalam perpustakaan sahaja
Lokasi : Perpustakaan Sultan Abdul Samad - Blok A, Aras 1

8. KOLEKSI SURATKHABAR MALAYSIA

Lokasi : Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Bahagian Jurnal Terkini, Aras 1, Blok B


Terakhir dikemaskini pada Isnin, 13 Februari 2012 12:29
 
Button_myGovt Button_MSC Button_JPA Button_1Malaysia Button_mampu