| Bilik Rujukan Elektronik |
|
1.Perkhidmatan dan kemudahan di Bilik Rujukan Elektronik (BRE) hanya untuk pelajar dan kakitangan UPM sahaja. 2.Had masa akses Internet adalah dua jam sehari kepada setiap pengguna,di mana setiap penggunaan dihadkan selama satu jam sahaja. 3.Penggunaan komputer internet diutamakan untuk tujuan penyelidikan. 4.Pengguna boleh menghantar atau menerima e-mel. 5.Pengguna dilarang melawat laman web berunsur lucah atau 'sensitive', perkhidmatan pesanan atau 'chat'. 6.Hanya seorang pengguna sahaja dibenarkan mengguna setiap komputer pada satu-satu masa. 7.Pihak PSAS menghormati hak 'privacy' setiap pengguna.Walau bagaimanapun,pihak kami juga berhak untuk memantau penggunaan internet bagi memastikan semua peraturan dipatuhi. 8.Pihak PSAS tidak bertanggungjawab kepada keselamatan pertukaran maklumat atau transaksi yang dibuat melalui internet. 9.Pegawai PSAS akan membantu pengguna sekiranya diperlukan. 10.Pengguna tidak dibenarkan mengubah/mengalih perkakasan komputer/perabot. 11.Pengguna tidak boleh menggunakan program perisian mereka sendiri untuk mengelakkan virus. 12.Akta Hak Cipta melarang sebarang penyalinan atau pengedaran bahan yang dilindungi oleh akta berkenaan.Segala tanggungjawab yang terbit dari penyalahgunaan Hakcipta atau sebarang penyalahgunaan adalah ditanggung oleh pengguna. 13.Semua pengguna perlu menunjukkan kad matrik sewaktu mendaftar 14.Pelanggaran atau ketidakpatuhan pengguna kepada peraturan-peraturan di atas / peraturan umum perpustakaan boleh menyebabkan pengguna dikenakan salah satu daripada tindakan-tindakan berikut :
|
|||||||||||||||
| Terakhir dikemaskini pada Selasa, 07 Februari 2012 23:45 | |||||||||||||||