Garis Panduan penggunaan WiFi @ Hotspot Perpustakaan
  1. Kemudahan ini hanya disediakan untuk pelajar dan staf Universiti Putra Malaysia sahaja.
  2. Setiap pengguna perlu berdaftar bagi mendapatkan user id dan kata laluan di Kaunter Pendaftaran PSAS Hotspot, Bahagian Sistem dan Teknologi Maklumat.
  3. Setiap user id dan kata laluan hanya boleh digunakan selama setahun. Pengguna boleh memperbaharuinya satu minggu sebelum tamat tempoh.
  4. Pengguna dilarang menyalahgunakan kemudahan ini dengan melakukan perkara-perkara yang tidak dibenarkan seperti melayari laman web lucah, merosakkan server lain, mengumpul dan menyebarkan sebarang bentuk maklumat dan kesalahan-kesalahan lain yang boleh menjejaskan keselamatan awam dan hak persendirian. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda ditangkap melakukan kesalahan berkenaan.
  5. Pengguna dinasihatkan supaya membuat instalasi perisian anti virus yang sah/berlesen ke dalam komputer riba masing-masing untuk mengelakkan serangan virus.
  6. Pengguna dinasihatkan supaya tidak meninggalkan komputer riba masing-masing tanpa dijaga. Pihak Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan komputer riba berkenaan.
  7. Perpustakaan tidak bertanggungjawab untuk menyediakan soket alir keluar (plug point) untuk kegunaan komputer riba. Sila pastikan kuasa bateri komputer riba anda dicaj sepenuhnya.
  8. Untuk pengguna kali pertama, anda perlu mengaktifkan akaun HotSpot PSAS seperti berikut :-
  • Klik pada 'First Time Activation'
  • Masukkan 'Username' (No. Matrik) dan 'Activation Key' (Diberi oleh Administrator)
  • Klik pada 'Submit'
  • Kemaskini maklumat dan tukar kata laluan
  • Klik pada ’Submit’ untuk permohonan pengaktifan anda

NOTA : Sesi akan ’logout’ secara automatik selepas 30 minit jika tiada aktiviti penggunaan. Sesi akan dihentikan setiap 3 jam penggunaan. Pengguna perlu 're-login' untuk sesi seterusnya.

 

Kaunter Pendaftaran PSAS : Waktu Semester
WAKTU PEJABAT Isnin hingga Khamis
8.30 pg - 1.00 ptg
2.15 ptg - 4.45 ptg
Jumaat 8.30 pg - 12.15 ptg 2.45 ptg - 5.00 ptg
SELEPAS WAKTU PEJABAT DI KAUNTER BILIK RUJUKAN ELEKTRONIK

5.00 ptg - 7.00 mlm

8.00 mlm - 10.30 mlm

HARI MINGGU DI KAUNTER BILIK RUJUKAN ELEKTRONIK
Sabtu (Minggu Kedua, Keempat dan Kelima) & Ahad

8.30 pg - 1.00 ptg

2.00 ptg - 3.30 ptg

Sabtu (Minggu pertama & Ketiga) Tutup
CUTI AM

Tutup

 

Kaunter Pendaftaran PSAS : Waktu Cuti Semester

WAKTU PEJABAT

Isnin hingga Khamis
8.30 pg - 1.00 ptg
2.00 ptg - 5.00 ptg
Jumaat 8.30 pg - 12.15 tghari 2.45 ptg - 5.00 ptg

SABTU, AHAD &

CUTI AM

Tutup

 

Ketua

Bahagian Sistem dan Teknologi Maklumat
Terakhir dikemaskini pada Rabu, 22 Februari 2012 16:03
 
Button_myGovt Button_MSC Button_JPA Button_1Malaysia Button_mampu