Peraturan Am

Pengguna Perpustakaan adalah tertakluk kepada Perlembagaan UPM, Statut, Kaedah dan Peraturan yang dibuat di bawahnya, serta tertakluk kepada peraturan tatatertib di bawah Akta Badan-badan Berkanun (tatatertib dan surcaj) 2000 dan apa-apa peruntukan lain yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. Pengguna perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Perpustakaan bagi melindungi kepentingan bersama dan untuk membolehkan Perpustakaan menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.

  • Pengguna hendaklah berpakaian kemas dan bersopan ketika berada di Perpustakaan selaras dengan Etika Penampilan Pelajar UPM.
  • Pengguna hendaklah sentiasa mempamerkan kad pelajar/kakitangan/ahli semasa berada dalam Perpustakaan. Kehilangan kad hendaklah dilaporkan dengan segera.
  • Makan, minum dan merokok adalah dilarang di dalam Perpustakaan.
  • Mencuri, mengoyak dan merosakkan bahan Perpustakaan akan menyebabkan pengguna didenda.
  • Pastikan telefon bimbit berada dalam mode senyap semasa berada di dalam Perpustakaan. Pengguna hanya dibenarkan menggunakan telefon bimbit di ruang khas yang disediakan oleh Perpustakaan.
  • Sebarang bentuk penyalinan bahan media dan tesis/kertas projek menggunakan peralatan elektronik adalah tidak dibenarkan.
    Pengguna tidak dibenarkan mengulang kaji, berbincang dan tidur di dalam surau   Perpustakaan.
    Pengguna tidak dibenarkan meninggalkan barang persendirian di ruang bacaan dalam jangka waktu yang lama. Pegawai Perpustakaan mempunyai kuasa untuk mengambil     barang-barang tersebut.
  • Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan barang   pengguna.
  • Beg, payung, topi keledar dan sebagainya tidak boleh dibawa masuk ke dalam Perpustakaan. Tempat khas untuk menyimpan barang-barang tersebut disediakan di pintu masuk.
  • Pengguna dikehendaki menunjukkan semua buku/bahan-bahan yang dibawa keluar untuk pemeriksaan sebelum meninggalkan Perpustakaan.
  • Pegawai Perpustakaan mempunyai kuasa untuk mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan Perpustakaan jika membuat bising dan mengganggu ketenteraman Perpustakaan.
    Pengguna tidak dibenarkan menempah tempat duduk di ruang bacaan Perpustakaan.
  • Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun tidak dibenarkan masuk ke Perpustakaan.
  • Perkhidmatan kaunter akan ditutup 30 minit sebelum Perpustakaan ditutup. Loceng isyarat akan dibunyikan dan semua pengguna dikehendaki meninggalkan Perpustakaan.
  • Keahlian Perpustakaan tidak boleh dipindah milik. Adalah menjadi kesalahan menggunakan kad keahlian pengguna lain bagi sebarang urusan di Perpustakaan.
  • Semua ahli bertanggungjawab memaklumkan kepada Perpustakaan maklumat terkini keahlian.
  • Ketua Pustakawan mempunyai kuasa untuk menarik balik kemudahan Perpustakaan sekiranya peraturan-peraturan di atas tidak dipatuhi.
  • Ketua Pustakawan mempunyai kuasa untuk meminda Peraturan Perpustakaan dari semasa ke semasa.
  • Pengguna tidak dibenarkan mengulang kaji, berbincang dan tidur di dalam surau  Perpustakaan.
    Pengguna tidak dibenarkan meninggalkan barang persendirian di ruang bacaan dalam jangka waktu yang lama.

  • Pegawai Perpustakaan mempunyai kuasa untuk mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan Perpustakaan jika membuat bising dan mengganggu ketenteraman Perpustakaan.

KESALAHAN DAN DENDA

Bagi memastikan peraturan dipatuhi, denda akan dikenakan kepada pengguna yang melakukan kesalahan-kesalahan berikut:

Bil.

Kesalahan

Denda

 

1.

Mencuri/mengoyak/menconteng bahan Perpustakaan.

  1.  Gantung keahlian selama satu (1) semester, atau
    1. Denda tidak lebih daripada RM 200.00, atau
    2. Memaklumkan kepada Timbalan Naib Canselor (HEPA) dan mengesyorkan tindakan lebih keras

DAN
c. Membayar harga semasa bahan dan caj perkhidmatan, atau

d. Mengganti dengan bahan yang sama dan membayar caj perkhidmatan

2.

Meninggalkan buku di atas meja atau menyepah buku di rak.

Gantung keahlian selama empat (4) minggu bagi kesalahan pertama

dan

lapan (8) minggu bagi kesalahan kedua.

3.

Membawa/mempunyai lebih daripada tiga (3) buah buku/jurnal di meja/karel dalam satu-satu masa.

4.

Mengalih/menyalahgunakan perabot/peralatan

5.

Memindahkan bahan daripada satu koleksi ke koleksi lain.

6.

Membawa makanan/minuman dan merokok.

7.

Membuat bising dan menggunakan telefon bimbit di dalam Perpustakaan.

8.

Menyalahguna kemudahan komputer.

9.

Menyalahguna segala kemudahan dan perkhidmatan.

10.

Merosak alat bahan pandang dengar.

11.

Menghilangkan bahan Perpustakaan

a. Membayar harga semasa bahan dan caj perkhidmatan, atau

b.  Mengganti dengan bahan yang sama dan membayar caj perkhidmatan




Terakhir dikemaskini pada Khamis, 09 Februari 2012 14:26
 
Button_myGovt Button_MSC Button_JPA Button_1Malaysia Button_mampu