| Perkhidmatan Rujukan |
|
Perkhidmatan Rujukan adalah perkhidmatan khidmat nasihat dan tunjuk ajar yang ditawarkan kepada semua pelanggan PSAS dari dalam dan luar UPM. Perkhidmatan ini meliputi pertanyaan penggunaan Katalog Perpustakaan (OPAC), jurnal/pangkalan data dalam talian, sumber/bahan rujukan luar, rujukan segera, tunjuk arah dan sebagainya yang diterima secara individu mahupun berkumpulan dengan cara bersemuka, telefon, e-mel, surat dan faks. Perkhidmatan Rujukan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu: • Meja Penasihat Pengguna Dikendalikan di Meja Penasihat Pengguna secara bergilir oleh Pustakawan dan Penolong Pegawai Perpustakaan Bahagian Rujukan pada sesi pagi dan petang serta semua Pustakawan dan Penolong Pegawai Perpustakaan PSAS pada sesi malam, Sabtu dan Ahad. • Dalam Pejabat Dikendalikan oleh Pustakawan, Penolong Pegawai Perpustakaan di Bahagian Rujukan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad serta Perpustakaan Cawangan Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di talian 03-8946 8642
|
| Terakhir dikemaskini pada Isnin, 14 Mei 2012 09:44 |
