| Perkhidmatan Pembekalan Dokumen |
|
Maklumat Umum Perkhidmatan Pembekalan Dokumen membantu pengguna (ahli PSAS) mendapatkan bahan yang tiada di dalam koleksi perpustakaan melalui kerjasama antara perpustakaan sama ada dari dalam mahupun luar negara. Permohonan hanya dibenarkan untuk tujuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan sahaja. Semua permohonan perlu mematuhi serta tertakluk kepada Akta Hak Cipta. Perkhidmatan ini disediakan percuma untuk (ahli berdaftar) :- 1. Ahli akademik UPM 2. Pelajar UPM 3. Pemegang kad Kakitangan UPM Keahlian Luar, Ahli Alumni, Ahli Kehormat dan lain-lain individu perlu memohon melalui perpustakaan masing-masing. Bahan yang Boleh dimohon :- 1. Bahan yang tiada di dalam koleksi PSAS 2. Bahan PSAS yang telah dipinjam 3. Bahan hilang dari koleksi PSAS 4. Bahan rosak yang tidak dibenarkan untuk pinjaman Bahan yang Tidak Boleh dimohon :- 1. Bahan yang terdapat di dalam koleksi PSAS. 2. Bahan berstatus "non-circulating" termasuk bahan rujukan, microform dan lain-lain. 3. Bahan berstatus "on reserve" untuk sesuatu kursus Bahan yang Sukar Diperolehi :- Keseluruhan jilid atau keluaran sesuatu jurnal tidak boleh dipinjam ; hanya salinan foto artikel boleh dibekalkan melalui Perkhidmatan ini. Setiap artikel perlu dimohon berasingan. Bahan pandang-dengar kebiasaannya tidak boleh dipinjam. Tesis/laporan projek juga tidak boleh dipinjam. Walaubagaimanapun, salinan tesis boleh diperolehi melalui pembelian daripada Proquest Digital Dissertation atau Universiti-universiti Luar Negara. Bahan dari Koleksi Khas atau bahan rosak kebiasaannya tidak boleh dipinjam. Bagaimana untuk Meminjam? Sila semak Katalog (OPAC) WebOPAC dan Pangkalan Data Atas Talian PSAS sebelum membuat permohonan untuk memastikan bahan tiada dalam koleksi PSAS. Isi borang PPD yang boleh didapati di Meja Penasihat Pengguna, Pejabat PPD (Bahagian Pengurusan Maklumat) atau perpustakaan cawangan dengan terang dan jelas serta lengkap dengan butiran/maklumat yang diperlukan (sertakan salinan foto sumber rujukan sekiranya ada) Sekiranya anda dapat kenal pasti di mana bahan boleh dikesan, sila nyatakan di dalam borang (untuk mempercepatkan proses). Sila semak katalog Perpustakaan Lain di Malaysia. Hantar borang yang lengkap ke Pejabat lebih awal supaya permohonan dapat diproses dalam tempoh yang diperlukan. Permohonan juga boleh dihantar melalui faks : 03-89483745 (u.p.: Perkhidmatan Pembekalan Dokumen) atau e-mel kepada : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya Sila ambil perhatian bahawa dalam kes-kes tertentu permohonan anda tidak boleh dibatalkan, terutama permohonan yang dihantar ke British Library. Sehubungan itu, sila pastikan bahan yang dimohon benar-benar diperlukan. Tanggungjawab Peminjam Pemohon perlu menghormati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh institusi pembekal bagi memastikan kerjasama antara perpustakaan dapat dikekalkan. Simpan semua maklumat pinjaman anda. Pastikan anda mengambil dan memulangkan bahan yang dipinjam dengan segera (Pinjaman buku dibenarkan selama 2 minggu, tetapi sila kembalikan 5 hari sebelum tempoh pinjaman tamat) Pemohon bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan bahan yang dipinjam. SIla laporkan dengan segera sekiranya bahan didapati rosak. Kadar denda akan ditentukan oleh perpustakaan pembekal. Sila ambil perhatian bahawa semua bayaran akan dikenakan walaupun bahan tidak dituntut selepas pemberitahuan dibuat. Berapa lama bahan dapat dibekalkan? Kebiasaannya permohonan akan dibekalkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas tarikh permohonan, namun bahan yang sukar diperolehi akan mengambil masa yang lebih lama. Penghantaran bahan adalah tertakluk dengan peraturan perpustakaan pembekal, ketersediaan bahan dan kaedah penghantaran. Sila pastikan anda memberi tempoh yang mencukupi untuk bahan dibekalkan. Pemohon boleh menghubungi pejabat PPD 5 hari selepas tarikh permohonan untuk mengetahui status permohonan. Pemohon akan dihubungi melalui e-mel/telefon apabila bahan telah diterima oleh Perpustakaan. Bahan boleh diambil di pejabat PPD dalam waktu pejabat :- Isnin - Khamis : 8.00am - 1.00pm & 2.00pm - 5.00pm Jumaat : 8.00am - 12.15pm & 2.45pm - 5.00pm Kadar bayaran :- Sebarang bayaran perlu ditanggung oleh pemohon. Kadar bayaran adalah berbeza dari semasa ke semasa dan ditentukan oleh perpustakaan pembekal. Walau bagaimanapun pinjaman buku dari dalam negara adalah percuma. Bayaran perlu dijelaskan semasa bahan diambil sama ada secara tunai atau melalui geran penyelidikan atau fakulti (Pindahan bayaran perlu mendapat pengesahan Ketua Jabatan/Dekan) Perkhidmatan Pembekalan Dokumen Untuk Bukan Ahli PSAS Perpustakaan juga menawarkan perkhidmatan ini kepada institusi lain. Bagi individu yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini, sila hubungi perpustakaan institusi anda. Sila semak katalog PSAS Virtua WebOPAC untuk mendapatkan maklumat bahan yang diperlukan. Permohonan boleh dihantar melalui; • Borang Sistem Pembekalan Penerbitan untuk institusi dalam negara • faks : 03-89483745 (u.p. Perkhidmatan Pembekalan Dokumen) • e-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya Untuk maklumat lanjut,sila hubungi :- Pustakawan Perpustakaan cawangan: • Tel : 03-89472731 (Aras 2, Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan) • Tel : 03-89463868 (Perpustakaan Perubatan Veterinar) • Tel : 03-89471575 (Perpustakaan Kejuruteraan dan Seni Bina) • Tel : 086-8555297 (Perpustakaan Kampus Bintulu, Sarawak) |
| Terakhir dikemaskini pada Isnin, 13 Februari 2012 11:13 |